Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2009

Kepimpinan UMNO, Saf kepimpinan Era Pembaharuan

KEPIMPINAN TERTINGGI UMNO MALAYSIA 2008-2011 PRESIDEN DS Najib Tun Razak TIMBALAN PRESIDEN Tan Sri Muhyiddin Yasin NAIB PRESIDEN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Datuk Seri Shafie Apdal AHLI MAJLIS TERTINGGI Datuk Seri Mustapa Mohamed Datuk Noh Omar Datuk Seri Musa Aman Datuk Azian Osman Datuk Zainal Abidin Osman Datuk Mohd. Zin Mohamed Datuk Ismail Sabri Yaakob Datuk Lajim Ukin Datuk Shaziman Abu Mansor Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi Datuk Tajuddin Abdul Rahman Datuk Idris Haron Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis Datuk Saifuddin Abdullah Datuk Dr. Norraesah Mohamad Datuk Seri Mahdzir Khalid Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah Datuk Hamzah Zainuddin Datuk Bung Moktar Radin Datuk Dr. Awang Adek Hussin Datuk Seri Zulhasnan Rafique Datuk Ahmad Shabery Cheek Datuk Seri Idris Jusoh. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim PERGERAKAN WANITA KETUA WANITA Datuk Seri Shahrizat Abdil Jalil NAIB KETUA WANITA Datuk Kamilia Ibrahim AHLI JAWATAKUASA Has

Kuala Penyu, Daerah Kerinduan...

Imej
Seronok menonton rancangan pengembaraan bermotosikal bersama 'Ah Boy' yang disiarkan melaui Astro AEC setiap ahad jam 6.00pm. Hari ini disiarkan slot Ah Boy berada di Kuala Penyu, daerah kelahiran dan tempat saya dibesarkan. Sungguh mengujakan, rancangan ini kembali menggamit kenangan lalu di kampung halaman 18 tahun yang lalu. Ah Boy berada di Kg.Tenambak bersama Pakcik Sairin, sempat bermain lumpur gunung berapi di kampung Tenambak. Saya mengenali Pakcik Sairin ni tapi saya tidak tahu pula di kampung Tenampak ada kolam lumpur gunung berapi seperti yang ada di Pulau Tiga. Terima kasih kepada Astro AEC kerana membantu mempromosi Kuala Penyu sebagai daerah yang indah. Ah Boy selaku pengembara nampaknya gembira berada di Kampung Tenambak, selain dapat mandi lumpur gunung berapi, dapat juga dia merasa air dan isi kelapa yang manis. (Anda boleh menunjungi Kuala Penyu melalui jalan darat melalui Baefort atau melalui jalan Pimping Membakut tetapi kenalah menaiki feri menyebarangi sun

Hikmah si 'cinta monyet'

Orang menggelarnya 'cinta monyet'. Entah mengapa, mungkinkah sifatnya seperti monyet atau mungkinkah juga bermaksud 'monyet monyet' atau 'main-main' saja. Apa pun dan seburuk manapun pengertiannya,saya percaya setiap sesuatu itu tetap ada hikmahnya, asalkan kita selalu positif dalam memberi tindakbalas. Lima belas tahun yang lalu, saya mempunyai seorang rakan, saya gelarnya A. Ketika itu kami sama-sama menuntut di sebuah sekolah di bandar K. Suatu hari, A telah jatuh hati kepada seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama, kami mengenalinya R. Entah mengapa A sungguh tergila-gilakan R sedangkan R lansung tidak tertarik kepada A. Jadinya A hanya bertepuk sebelah tanganlah jawabnya. NamunA tidak mengalah. Berpuluh-puluh surat diutus A kepada R (masa tu emel dan internet masih begitu asing),namun tiada satu pun berjawab. Bukan itu saja, R juga berusaha mengelak daripada bertemu A. Melalui kawan-kawan, R minta mereka memberitahu A supaya A jangan lagi mengganguny

Pelan Takaful Menjamin Biaya Pendidikan Anak-anak Anda..

Pernahkan anda membaca kisah sedih berkenaan seorang anak yang pintar tetapi tidak dapat meneruskan pelajara kerana masalah kewangan, disebabkan ayah meninggal dunia atau lumpuh kerana kemalangan atau sakit? Hari ini ramai ibubapa yang mempunyai kesedaran tinggi untuk merancang biayai pendidikan anak-anak mereka. Ramai yang menyimpan sebahagian daripada wang pendapatan mereka untuk kemudahan biaya pendidikan anak kemudian hari, terutama apabila anak hendak masuk ke universiti. Ramai yang menyimpan RM100, RM200, RM300 atau mengikut kemampuan masing-masing, dengan perancangan dalam masa 20 tahun akan datang mereka adalah sejumlah wang yang mencukupi. Tetapi malangnya sebahagian daripada mereka mungkin tidak bernasib baik. Hanya baru menyimpan mungkin RM500 atau RM600, mereka mengalami musibah sehingga mengakibatkan mereka hilang pendapat. Bila ini berlaku maka gagallah perancangan murni si bapa atau si ibu tadi.. Hari ini kita ada pelan takaful pendidikan yang lebih menjamin dalam mene

Imuniti Dan Kekebalan Ahli Parlimen

Imej
Baru-baru ini Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas) Datuk Ibrahim Ali telah mencadangkan supaya kekebalan atau imuniti ahli Parlimen ditarik balik. Bagaimanapun cadangan beliau ini tidak dipersetujui oleh kebanyakan ahli Parlimen, sama ada daripada kerajaan atau pembangkang. Menurut artikel 63 dalam Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli parlimen diberikan imuniti daripada sebarang tindakan mahkamah keatas apa-apa yang dicakapkan semasa persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Bagaimanapun kekebalan dan imuniti ini masih tertakluk kepada artikel 153 berkenaan hak istimewa orang Melayu, artikel 152 berkenaan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, artikel 181 berkenaan raja-raja Melayu dan akta hasutan 1948. Ini bermakna kekebalan ahli parlimen ini tidak melampaui hal-hal yang berkaitan dengan artikel dan akta di atas. Oleh yang demikian cadangan untuk menarik balik imuniti dan kekebalan ahli parliemn ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak perlu memandangkan undang-undang dan

Cabar Diri Sendiri

Imej
"Sebelum ini kebanyakan pelajar yang cemerlang,datang daripada keluarga yang senang. Jadi saya mencabar diri saya supaya mencatat sejarah.." Menurut Utusan Malaysia , beginilah antara lain kata-kata adik Nik Nur Madihah dari Sekolah Menegah Agama Arab Maahad Muhammadi (P) Kota Bahru,Kelantan yang berjaya mendapat 20 A dalam SPM 2008, sewaktu diwawancara oleh wartawan akhbar itu. Sememangnya mengagumkan kejayaan beliau ini dan patut menjadi contoh dan aspirasi kepada pelajar yang lain. Mencabar diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan merupakan sifat yang perlu ada pada setiap pelajar yang ingin berjaya. Tetapi malangnya hari ini tidak ramai yang mampu melakukannya. Kejayaan adik Nur Madihah juga membuktikan bahawa kedaifan dan kesusahan hidup bukanlah halangan untuk berjaya. Melihat kepada kediaman beliau sepertimana yang dipaparkan oleh gambar Utusan Malaysia , LJ amat tersentuh hati. Kediaman ini tidak jauh bezanya dengan kediaman LJ semasa kecil dulu tetapi alhamduli

Jangan Berani Gagal

Ketika perdebatan berkenaan perlaksanaan PPSMI mencapai kemuncaknya, keputusan STPM 2008 diumumkan. Ramai yang berjaya lulus dengan cemerlang, menjadi kebanggaan guru dan ibubapa. Terima kasih guru, terima kasih ibu dan bapa. Ini ungkapan yang lumrah sebagai tanda kesyukuran bagi satu kejayaan. Tahniah kepada anda yang berjaya. Kepada anda yang tidak berjaya, ini bukan bermaksud dunia anda telah berakhir. Setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya, yang penting sekali ialah keazaman kita. Belajar daripada kesilapan merupakan permulaan kepada satu kejayaan. Ada orang berpendapat, kita mesti berani untuk gagal. Bagi saya tidak tepat pendapat itu, yang paling tepat ialah kita perlu berani mendepani risiko. Hanya mereka yang berani sahaja yang akan berjaya. Ilmu dan segulung ijazah hanya salah satu daripada syarat, yang lebih mustahak ialah diri kita, apa yang mahu kita jadikan diri kita ini. Saya teringat kata-kata seorang rakan setugas saya suatu ketika dulu (sekarang beliau sudah bergelar &#

Hentikan Buli...

" Salam. sdr ketua biro.isu terkini sekolah pd masa ini ialah budaya bully. mohon beri perhatian d sekolah kita.." Demikian bunyi mesej pesanan ringkas yang saya terima daripada Sdr.Sakaria Semela YDP PiBG kita. 01.Saya pastinya rasa bangga dengan keprihatinan beliau sebagai ketua dalam PIBG. Walaupun saya percaya tidak adalah kes buli terjadi di sekolah kita tetapi tidak salah untuk kita berjaga-jaga agar ianya tidak akan berlaku. 02. Daripada pemerhatian kita, kes buli ini merupakan satu kenakalan yang melampau dan banyak berpunca daripada anak-anak yang kekurangan perhatian dan kasih sayang. 03. Pelajar yang terlibat dalam kelakuan 'buli' ini boleh dirawat tetapi memerlukan perhatian yang lebih teliti melalui peranan Unit bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Sikap membula jika tidak dibendung akan menerbitkan pertumbuhan gejala 'samseng' dan 'gangsterisme' di sekolah dan luar sekolah. 04. Untuk membandung buli, pihak sekolah perlu peka dan mengambil be

Anak-anak Kita...

01. Saya mulakan posting pertama dalam blog ini dengan merakamkan perasaan dukacita atas insiden buli yang dilaporkan media, berlaku di sebuah sekolah menengah di Oya Sarawak. Bagaimanapun hujah yang seterusnya dalam posting ini tidak langsung mengulas atau merujuk kepada insiden ini. 02. Merujuk kepada kejadian buli, pergaduhan dan kejadian-kejadian lain yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan muda yang masih bergelar pelajar,Kementerian Pelajaran perlulah mengambil perhatian serius akan kejadian-kejadian seperti yang disebutkan dan perlu melihat setiap satunya sebagai bukan lagi satu kejadian terpencil. Insiden sumpama ini pastinya boleh dilaku di mana-mana, cuma barangkali tidak dapat didedahkan media atau tidak diketahui meluas. 03. Gejala buli atau sifat 'kesamsengan' segelintir murid di sekolah perlu di tangani secara serius oleh pihak sekolah dan kementerian. Setiap kejadian perlu dilihat secara terperinci dan disiasat punca yang menjadi penyebab kerana dengan hany