Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2016

Catatan Sebelum Ramadhan 2016

Manusia dilahirkan dengan pelbagai keraktor. Nasib juga dijadikan pelbagai. Ada yang berbahagia dan bersenang lenang. Ada pula yang menderita, merempat dan meminta-minta. Ujian dalam kehidupan pun tidak sama. Ada yang diuji dengan kekurangan wang ringgit, ada yang diuji dengan kecacatan tubuh badan, ada yang diuji dengan penyakit berbahaya, ada pula yang diuji dengan kehilangan orang tersayang dan tidak kurang yang diuji dengan hilangan kebahagian dan kasih sayang dalam hidup. Seorang teman bertanya, bagaimana membezakan antara ujian dan pembalasan? Kata seorang ilmuan ugama, jika sesuatu yang menimpa itu menjadikan kita lebih baik, maka itulah ujian untuk mendidik jiwa setiap insan. Merenung kehidupan setiap insan disekeliling kita, pelbagai macam gelagat dan kerator dapat kita perhatikan. Ada yang nampak baik tapi sebenarnya tidak berguna apa-apa. Ada yang terang-terangan jahat, tetapi dalam waktu tertentu boleh dimanafaatkan dan memberi kebaikkan. Ada yang nampak pemurah dan ad