Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Libya Tanpa Muammar Ghaddafi

Imej
Kematian pemimpin Libya Muammar Ghaddafi merupakan satu peristiwa yang mengejutkan. Tulisan di bawah saya petik secara langsung daripada posting rakan-rakan dalam fb. Siapa Gaddafi sebenarnya? BILA Gaddafi jatuh dan dibunuh secara tidak wajar, maka saya segera menyatakan itu tidak sepatutnya dilakukan dan kelihatannya manusia semakin tidak bertamadun dan gila babi.Saya cukup sedih dan tidak bisa menerima kematiannya sedemikian, apa lagi sebelum ini Gaddafi dihina begitu rupa, padahal pada suatu ketika dia antara pemimpin arab yang cukup lantang menentang Barat terutamanya Amerika dan yahudi dan kelantangan itulah yang Barat berusaha menjahanamkan kepimpinan Gaddafi.Sejak saya kecil saya sudah mengenal Gaddafi dan mengikut perkembangan kepimpinannya dan saya memang kagum akan keberaniannya yang sama seperti Saddam Husin di Iraq dan tidak hairan Amerika yang ditunjangi Yahudi mahu membunuh pemimpin yang demikian serasa menjadi halangan besar buat melaksanakan Visi jahat mereka.Barang kal

PERJALANAN DAN HIKMAH

Tiap-tiap sesuatu yang berlaku, semuanya membawa hikmah tertentu. Sama ada yang manis ataupun yang pahit, suka atau duka dan apa saja rasa, semuanya membawa mesej tertentu, hanya kita perlu sabar dan takwa menerimanya. Kerana itu, hari ini saya kembali memulakan perjalanan ke Labuan. Dalam situasi yang baru, saya memulakan perjalanan dengan rasa yang berbaur keinsafan dan pasrah. Pukul 9.35 am tiba dipekan Menumbok, Saya meletakkan kenderaan dihadapan sebuah bengkel, membiarkan isteri dan ibu saya menunggu dalam kereta semantara saya bergegas menguruskan urusan 'check-in'. Tidak diduga, tindakan saya meletakkan kereta didepan bengkel itu tidak disenangi oleh pemilik bengkel. " cantik parking",wanita pemilik bengkel menyindir isteri saya yang berada dalam kereta. Walaupun cuba meyakinkan wanita itu bahawa kami hanya 'parking' sekejap saja tetapi wanita pemilik bengkel tetap tidak berpuashati. Tanpa kompromi, wanita itu bertegas mengalihkan kereta saya dari depa