Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2009

Diari Insan Kerdil (I)

Imej
Replika 'penyu' di simpang tiga Kayul. Konon cerita, nama 'Kuala Penyu' diambil bersempena sebuah objek batu yang menyerupai 'penyu' yang terdapat dalam sungai di kuala sungai Setumpok, dimana terletaknya pekan Kuala Penyu. DUN Kuala Penyu terletak dalam parlimen Beaufort. Lama saya tidak mengemaskini blog ini. Bukan kerana apa, cuma saya tercari-cari topik yang menarik untuk dikongsi bersama. Sebelum itu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua rakan dan kawan yang seakidah dengan saya. Semoga bergembira dan berhati-hati ketika memandu balik kampung dan balik dari kampung. 16 September 2009, saya hadir ke majlis berbuka puasa YB Datuk seri Panglima Hj.Lajim Hj.Okin, timbalan menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Beaufort, di hotel Hyatt, Kota Kinabalu. Terima kasih kepada sahabat saya Tuan Hj.Samin (Ketua Penerangan UMNO Beaufort) selaku pengerusi penyelaras majlis, kerana menghantar sms menjemput say