Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Mengimbau Zaman Silam Bangsaku...

Sekarang ini sedang berlangsung pameran gambar-gambar lama yang diambil sekitar negeri Sabah pada awal tahun 1900an, di Muzium Sabah, Kota Kinabalu. Gambar-gambar lama yang diambil sekitar negeri Sabah kira-kira 100 tahun yang lalu itu menarik perhatian saya kerana pameran seperti ini bukan saja merupakan sesuatu yang mampu mengembalikan memori silam yang menghadirkan banyak nostalgia masa lalu tetapi lebih daripada itu, gambar-gambar lama seperti ini juga membantu membawa genarasi muda masakini melihat, memahami dan meng- hargai sejarah silam bangsa mereka. Bangsa yang maju tidak harus melupakan asal-usul mereka kerana jika ini terjadi, bangsa itu akan hilang jatidiri. Akibatnya, kemajuan itu tidak akan dapat membina tamadun hidup yang sempurna. Boleh juga dikatakab bahawa bangsa yang tidak kenal asal-usul dan sejarah kelahiran bangsanya, umpama bahtera yang tiada pelabuhan sendiri. Dikalangan puluhan gambar yang dipamerkan, saya tertarik dengan tiga keping gambar lama yang dikaitkan