Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Selamat Hari Guru & Hari Ibu.

Imej
Saya kumpulkan dua ucapan ini dalam satu posting kerana kedua-dua insan ini amat berjasa dalam hidup saya. Buat seorang guru yang menyelamatkan masa depan saya, kebetulan beliau semasa kecil saya, adalah jiran sekampung saya. Kami memanggilnya Cikgu Dabi, seorang guru yang amat dedikasi dan selalu mengadakan kelas tambahan untuk kami. Saya sempat menumpang secara percuma Datsun Pickup beliau, semasa balik petang daripada kelas tambahan yang beliau adakan di sekolah. Mengapa beliau ini amat istimewa jasanya? Saya sebenarnya seorang murid yang malas ke sekolah meskipun saya tergolong sebagai murid yang agak pandai. Pada suatu ketika saya hampir berhenti sekolah kerana bapa dan ibu saya sudah putus-asah untuk menyuruh saya ke sekolah. Suatu petang Cikgu Dabi telah datang kerumah saya untuk memujuk saya supaya kembali ke sekolah. Kedatangan beliau ini memang begitu ikhlas kerana sebelum ini beliau tidak pernah berkunjung kerumah saya. Tetapi hari itu beliau telah muncul dengan motokar war