Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Masa, Aku dan DIA...

Imej
Pemandangan bandar Labuan- malam 23 Februari 2011. Indah bergemerlapan dihiasan lampu-lampu yang menceriakan suasana. Malam ini adalah malam kedua saya bermalam di bandar pulau ini. Malam kedua, duduk-duduk sambil 'melayani' konsert terbuka daripada artis-artis tempatan yang memberikan hiburan percuma kepada warga Labuan, difahamkan ini bersempena dengan sambutan Hari Wilayah pada tahun ini. Rasanya pengalaman ini sesuatu yang menyeronokkan tetapi saya tidak mahu menyimpan semua ini dalam ingatan kerana ada sesuatu yang belum berjaya saya perolehi. Jika saya gagal maka pastinya pengalaman pada malam ini bukanlah sesuatu yang instimewa untuk diingati. Biarlah masa yang menentukan. Pulau Labuan sebenarnya banyak meninggalkan sentuhan sentimental dalam hayat hidup saya. Lebih 30 tahun dulu, ayah saya selalu berkunjung ke sini untuk menjual hasil tanaman kampung. Sekalipun pada waktu itu saya hanya mendengar ayah menyebut nama 'Labuan' tetapi mendengar cerita-cerita ayah,

PIBG SMKAKK Sesi 2011/2012..

Tahniah kepada barisan AJK baru PIBG SMKAKK sesi 2011/2012, kerana telah mendapatkan kepercayaan para ahli yang telah membuat pemilihan dalam mesyuarat agung sebentar tadi. Saya hanya dapat bertahan untuk sepenggal saja kerana tidak terpilih pada kali ini. Dipilih sebagai juruaudit bukanlah sesuatu yang saya kehendaki kerana ianya amat tidak mencabar tetapi kerana ini sudah diamanahkan maka saya akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Broery Marantika : Jatuh Cinta (HQ Audio)

Imej

Dedicated To Someone....

JATUH CINTA (Broery Marantika) Tak tahu apa sebabnya Mengapa aku jatuh cinta Padamu, sayang, Tiap waktu ku rindu Mengapa.... mengapa Tak kuasa menolaknya Dan tak kuasa menyatakan itu Kepada mu disaat ini Sebening air telaga Sebersih awan tak tercela Hatimu, sayang, ku dekati Tak terasa Ku merasakan berdosa Bila hati mu yang suci Ku nodai dengan rasa cinta Dan akhirnya kau benci pada ku (Lagi ini saya dedikasikan kepada seseorang yang tiba-tiba saya temui ketika menghampiri penghujung garisan perjalanan ....)