Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2012

Tazkirah Untuk Pedoman

Imej
1. Orang yang tidur dalam keadaan bers uci. 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). 5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 9. Orang yang membelanjakan harta (infak). 10. Orang yang sedang makan sahur. 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. (saya petik daripada 'posting' kawan-kawan, untuk sebaran dan pedoman kita bersama. Menyampaikan sesuatu yang baik adalah tanggunjawab kita bersama.)

Diet Rasulallah

Imej
(dipetik daripada 'posting' kawan-kawan. semoga dapat dikongsi sebagai panduan )

Nostalgia, Suatu Zaman Aku Pernah Berada Disana

Imej
Saya petik gambar-gambar lama ini dari 'published' kawan-kawan. Saya menyukai gambar-gambar seperti ini kerana saya pernah berada dizaman ini. Sayang sekali saya tiada peluang merakamnya waktu itu.

Renungan Dari Semalam Yang Dingin...

Imej
Kepada seseorang yang berasa 'kecil hati' kepadaku semalam, wallahi wabillahi wataallahi, aku tidaklah seburuk seperti yang disangka itu. Halal dan haram tetap menjadi pegangan. Tiada sedikitpun seperti yang disangkakan itu. Semua itu adalah fitnah syaitan yang mengaburi pandangan mata hati nurani. (kata-kata ini dipetik daripada laman sosial kawan-kawan )

Wa' Fuanni..

Doa duduk antara sujud yang kita selalu baca: Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku) Warhamni (sayangi aku) Wajburnii (Tutuplah aib-aibku) Warfa’nii (Angkatlah darjatku) Warzuqnii (Berilah aku rezeki) Wahdinii (Berilah aku petunjuk) Wa’Aafinii (Sihatkan aku) Wa’fuannii (Maafkan aku) (marilah bacanya dengan tenang, jelas dan penuh pengharapan. Menyerah dan merayu kepadaNya)