Rabu, 15 Februari 2012

Islam 'the way of life'

Sesungguhnya menutup aurat adalah kewajiban bagi setiap muslem. Anak-anak adalah tanggungjawab seorang ayah dan seorang isteri adalah adalah tanggungjawab seorang suami.

(dipetik daripada siaran kawan-kawan)

Isnin, 13 Februari 2012

Sembilan Mimpi Rasulallah...


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi M
uhammad
sawbersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
(ini bukan hasil tulisan saya,melainkan saya petik daripada siaran rakan-rakan. Bacalah,mudah-mudahan beroleh ilmu dan pahala.)

Jumaat, 10 Februari 2012

Rakaman Bersama 'MyKids'...

Anak-anak kecil saya sedang merakam dunia kehidupan mereka. Inilah hari-hari yang indah yang bakal menjadi nostalgia kepada mereka suatu ketika nanti, takala aku tiada lagi bersama.

Rabia'tul Ruwaidah bersama Muammar Saief Shah, dalam buaian di Kg.Rampayan Ulu
Kota Belud 2011.

Shahijah bersama Muammar Saief Shah, di kawasan SMK Agama Kota Kinabalu, 2011, ketika kami datang melawatnya di asrama.

Muammar Shah Mahdi a.k.a ABANG bersama Muammar Saief Shah, baring-baring di rumah.

SATU MALAYSIA, di sini....

Warna sebenar 'Satu Malaysia' terpancar di bumi Sabah

Rabia'atul Ruwaidah memangku Muammar Saief, bersama rakan-rakan sekolahnya Marry Anne, Junior dan Jean-Jean. Bangga melihat anak-anak kita harmoni hidup bersama. Semoga keamanan dan kedamaian di negara kita ini akan sentiasa terpelihara.

Jaringan Prihatin Masyarakat Kuala Penyu (PRIHATIN)

Visi:  Melahirkanv Masyarakt Yang Matang, Sehat Dan Berprestasi Baik Misi: Mengujudkan masyarakat yang bersatupadu Mengujudkan masyara...