Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Tanggulian Dalam Kenangan.

Imej
Kira-kira lebih 30 tahun dulu, untuk mendatanginya bukanlah mudah. Dari pekan K.Penyu mengambil masa perjalanan lebih 2 jam dan mungkin juga 3 jam. Perjalanan untuk kesana juga merupakan sesuatu yang perlu dirancang rapi. Pertama, kenalah bangun seawal jam 5 pagi untuk berjalan kaki ke pekan K.Penyu sejauh lebihkurang 5KM. Hanya ada 2 atau 3 buah kenderaan yang boleh ditumpangi kesana dengan kadar tambang RM2.50 seorang. Waktu itu nilai RM2.50 barangkali hari ini sebesar RM25.00 .Sebelum itu ada perjalanan yang lebih murah melalui bas yang bergerak ke Menumbok, tambangnya RM1.80 tetapi saya sudah agak lupa bagaimana tiba-tiba perkhidmatan bas itu sudah tiada lagi. Saya hanya ingat-ingat lupa. Apa yang saya masih ingat bas tua itu berwarna merah dan tiket yang diberi kepada penumpang sama seperti tiket bas Luen Thung, TUT dan PUT yang masih beroperasi di bandaraya KK hari ini. Inilah sedikit catatan mengenai Kg Tunggulian, terletak lebihkurang 30KM dari pekan KP tetapi waktu itu jarak i