Cabar Diri Sendiri


"Sebelum ini kebanyakan pelajar yang cemerlang,datang daripada keluarga yang senang. Jadi saya mencabar diri saya supaya mencatat sejarah.." Menurut Utusan Malaysia, beginilah antara lain kata-kata adik Nik Nur Madihah dari Sekolah Menegah Agama Arab Maahad Muhammadi (P) Kota Bahru,Kelantan yang berjaya mendapat 20 A dalam SPM 2008,sewaktu diwawancara oleh wartawan akhbar itu. Sememangnya mengagumkan kejayaan beliau ini dan patut menjadi contoh dan aspirasi kepada pelajar yang lain. Mencabar diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan merupakan sifat yang perlu ada pada setiap pelajar yang ingin berjaya. Tetapi malangnya hari ini tidak ramai yang mampu melakukannya.

Kejayaan adik Nur Madihah juga membuktikan bahawa kedaifan dan kesusahan hidup bukanlah halangan untuk berjaya. Melihat kepada kediaman beliau sepertimana yang dipaparkan oleh gambar Utusan Malaysia, LJ amat tersentuh hati. Kediaman ini tidak jauh bezanya dengan kediaman LJ semasa kecil dulu tetapi alhamdulillah berkat keazaman yang tinggi untuk berubah, hari ini LJ dapatlah kediaman yang lebih selesa (biarpun kejayaan LJ jauh tidak sebaik adik Nur Madihah ini). Amat menyentuh perasaan kesukaran yang dilalui oleh adik Nur Madihah tetapi dalam membina kehidupan sesungguhnya kesulitan ini banyak membawa kita ke mercu kejayaan. Tahniah kepada adik Nur Madihah, ibubapanya dan guru-guru SMA Maahad Muhamadi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...