Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2009

Jalan-jalan Di Kuala Penyu (Siri 1)

Imej
Selamat datang ke pekan Kuala Penyu. Sebuah pekan kecil di muara sungai Setumpok, sebutir mutiara kedamaian di pesisir Laut Cina Selatan. Masjid daerah Kuala Penyu, dibina pada tahun 1980an dan terletak disebuah anak bukit ditengah-tengah pekan. Padang pekan Kuala Penyu. Padang ini menjadi tempat acara sukan diadakan seperti permainan bola sepak dan sukan sekolah. Sekitar tahun 1980an, padang pekan ini meriah dengan aktiviti perlawanan bola sepak. Buat masa ini Kuala Penyu belum memiliki stadium sukannya sendiri. Bangunan rumah kedai yang baru. Dahulunya ini adalah tapak SRJK Chung Hwa sebelum sekolah jenis kebangsaan itu berpindah ke suatu tapak yang lain. Dewan belia Kuala Penyu. Suatu ketika dulu dewan ini banyak digunakan untuk aktiviti belia di daerah Kuala Penyu. Ini adalah antara kemudahan terawal yang ada di daerah ini. Perkhidmatan perahu penambang adalah antara pengangkutan alternatif untuk menyeberangi sungai setumpok ke pekan Kuala Penyu daripada seberang Palu Palu. Biasan

Politik Menentukan Halatuju Negara...

Saya banyak menemui anak-anak muda yang terpelajar, dikalangan mereka yang bergelar siswazah.Ramai yang menolak untuk melibatkan diri dalam poltik. Tidak berminat dengan politik kata mereka. Tetapi persoalannya adakah mereka ini tahu peranan politik dalam kehidupan mereka?

Ahli Politik 'Parti' Dan Ahli Politik 'Negarawan'....

'Jangan masuk politiklah, kena pakai banyka duit, sayang duit.' Begitulah ulasan seorang sahabat ketika saya menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik. Saya tidak memberi apa-apa reaksi tentang cadangan sahabat itu tetapi saya agak keliru. Mengapa perlu pakai banyak duit? Berapa yang dikatakan banyak itu...? Tiba-tiba terlintas dikepala saya, mungkinkah politik wang? Dengan pengetahuan yang cetek, saya belum ada gambaran untuk maksud sahabat saya itu. Saya teringat satu ulasan dalam tulisan sebuah blog yang pernah saya baca. Si penulis itu menulis dengan membuat perbandingan antara 'ahli politik parti' dan 'ahli politik negarawan' Agaknya saya lebih berminat untuk menjadi 'ahli politik negarawan'. Mungkin salah salah dariapda jenis itu yang perlu pakai banyak duit? Menjelaskan perbezaan antara dua istilah itu, penulis itu menyatakan secara ringkas tentang ciri-ciri politik ahli politik parti, iaitu mereka yang berjuang untuk memenangkan parti man

SELAMAT HARI GURU

'Seorang raja menaiki taktha seorang perdana menteri memerintah seorang peguam menang bicara.. semuanya bermula dari seorang guru biasa..' Inilah bait-baik puisi yang kalau tidak silap saya, pernah dikarang oleh pujangga kita bagi merakamkan penghargaan kepada guru, seorang insan mulia, mendidik dan memberikan ilmu kepada seorang insan yang pada mulanya tidak tahu apa-apa. Tanpa guru kita akan meraba-raba tanpa ilmu. Tugas dan jasa guru sangat mulia, sekalipun jasad meninggalkan dunia tetapi diakhirat nanti pahala pula menanti.. Sempena Hari Guru ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan ingatan tulus ikhlas kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, yang telah menunjukkan jalan untuk hidup sebagai seorang manusia. Salam ingatan yang berkekalan untuk guru-guru yang sudah lama tidak saya temui... Cikgu Debi Cikgu Suil Majidin Ust.Abu Bakar Atan Cikgu Ramli Mat Isa (mungkin di Jitra Kedah/ SMK Kuala Penyu-1986-1990) Cik Najib Abdul Rahman (SMK Menggatal 1991-1992) Cikgu Z

Perdana Menteri Rakyat, Kerajaan Rakyat......

Imej
"Saya mahu dikenali sebagai perdana menteri rakyat". Beginilah hasrat yang diluahkan PM kita yang ke 6 YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini pastinya hasrat yang baik untuk pembaharuan dan pembangunan negara. Ianya satu perubahan yang mampu mendekatkan lagi rakyat dengan pemimpin tertinggi negara. Dengan adanya pendekatan 'perdana menteri rakyat' ini, ianya akan memberi ruang kepada barisan kepimpinan negara untuk menyalurkan pembangunan secara lebih tepat memenuhi keperluan rakyat yang dipimpin. Setelah PM sendiri menyatakan hasrat beliau untuk menjadi 'perdana menteri rakyat' maka kita berharap menteri-menteri dan wakil-wakil rakyat juga akan menyahut pendekatan yang sama supaya menjadi menteri rakyat dan wakil rakyat yang benar-benar menjadikan diri mereka wakil kepada rakyat. Hari ini memang masih ada jurang perhubungan antara rakyat biasa dengan menteri atau wakil rakyat, tetapi sedikit demi sedikit kemesraan dan hubungan yang dekat telah mula terbina. P

Sesuatu Yang Sedih Dan Menyedihkan

Beberapa hari yang lalu kita dihadapkan dengan dua kejadian yang sedih dan menyedihkan. Dua kejadian dimana wanita hamil diragut ketika menunggang motosikal yang mana akibatnya kedua-dua wanita yang tidak bersalah ini menemui ajal, meninggalkan suami dan anak-anak tersayang. Sungguh menyayat hati kejadian ini. Semoga keluarga mangsa tabah dengan dugaan yang amat berat ini. Semoga roh kedua-dua mangsa yan terkorban ini dicucuri rahman oleh Allah swt dan ditempatkan dikalangan roh para syuhada. Nampaknya ramai manusia hari ini sudah tidak lagi menghargai nyawa orang lain. Untuk mendapatkan wang mereka sanggup membunuh atau membuat sesuatu yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa kepada mangsa mereka. Apakah mereka ini tidak lagi percaya kepada syurga dan neraka ? Tiap-tiap diantara kita pasti akan menemui 'mati' dan ketika itu barulah barangkali mereka yang kejam ini menyedari kesalahan mereka. Tetapi malang sungguh kerana pada masa itu segala penyesalan sudah tidak berguna lagi.