Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

01 Jun 2014- Satu Permulaan...

01 Jun 2014, satu fasa permulaan yang baru untuk anakku Shahijah. Hari ini dia akan melangkahkah kaki ke universiti. Syukur alhamdulillah, semoga ini satu permulaan yang baik untuk masa depannya. Seawal jam 8 pagi kami sekeluarga sudah bergegas ke KKIA 2 untuk persiapan berangkat ke UITM Pasir Gudang Johor. Ketika hendak berlepas, isteriku mendakap erat puteri sulungnya itu, sudah pasti ini adalah satu kesedihan hati seorang ibu untuk kali pertama berjauhan dengan anak yang dikasihi. Tetapi tidak mengapa, inilah yang dikatakan perjuangan. Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Aku teringat ketika mana aku keluar meninggalkan kampung halaman lebih 20 tahun yang lalu. Memang sedih, tetapi itulah hijrah pertama yang banyak memberi perubahan dalam hidupku. Jika aku tidak berhijrah, pastinya aku tidak berada seperti yang hari ini.  Jam 12.05 kami selemat sampai di Senai International Airport Johor Baharu. Ini kali kedua aku mendarat di airport ini setelah lebhkurang 21 tahun dulu. K