Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Menumbok Kuala Penyu Kota Kinabalu...

Imej
Dalam perjalanan dari Labuan, pada mulanya saya bercadang untuk singgah menunaikan solat di Masjid pekan Menumbok tetapi memandangkan ketika tiba di jeti Menumbok, waktu masih awal maka saya mengambil keputusan untuk meneruskan perjalana ke pekan Kuala Penyu. Saya mengubah perancangan untuk singgah solat di masjid pekan Kuala Penyu saja. Dalam perjalanan dari Menumbok ke pekan Kuala Penyu, saya memerhati gerai-gerai orang kampung di sepanjang tepi jalan, kalau-kalau ada dijual buah-buahan tempatan K.Penyu. Ada orang kata bahawa sekarang adalah musim buah-buahan. Tapi nampaknya saya tidak melihat ada buah-buahan seperti tarap, cempadak, bambangan, belunu dan lain-lain, ada dijual. Apakah orang-orang kampung tidak mahu berjualan buah-buahan ini lagi. Saya terus menekan pedal minyak untuk sampai lebih cepat ke pekan Kuala Penyu. Setibanya di sana, saya lantas saja ke masjid pekan yang terlekat di atas anak bukit yang diratakan. Tapak masjid ini dulunya adalah sebuah anak bukit yang menemp