Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Sambutan Mini Pesta Kaamatan 2017, Anjuran Badan Penyelaras PKR DUN Kuala Penyu Bagi Kawasan Kota kinabalu

Donggongon 12 Julai 2017: Badan penyelaraskan PKR DUN Kuala Penyu bagi kawasan Kota Kinabalu, akan mengadakan sambutan Pesta Kaamatan 2017, yang dinamakan Mini Pesta Kaamatan 2017, pada 16 Julai 2017 bertempat di perkarangan kediaman En.Gregory Kual di kampung Mahandoi Jalan NC Monguntung, Penampang. Sambutan ini dianjurkan khas untuk para penduduk Kuala Penyu yang berada atau tinggal di kawasan Kota Kinabalu dan sekitar. Sambutan ini akan berlangsung bermula pada pukul 12 tangahari sehingga pukul 5 petang, dijangkan akan dihadiri oleh pimpinan kanan PKR Negeri Sabah. Sambutan ini yang dianjurkan dengan ehsan para penyokong dan aktivis PKR DUN Kuala Penyu, dianjurkan melalui badan penyelaras PKR DUN Kuala Penyu bagi Kawasan K.Kinabalu,yang diketuai oleh Sdr.Kimjik Kuntam bersama barisan Ahli Jawatankuasanya yang terdiri daripada Sdr. Ibrahim Musra selaku timbalan ketua penyelaras, Sdr. Muzaffar Libon Jueh selaku setiausaha penyelaras, Sdr. Tony Insiong bendahari, bersama barisan A