Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Tagal Bawang Bakaroh Yang Bersejarah...

Imej
 Batu peringatan Tagal Bawang Bakaroh,menjadi tanda kepada projek yang julung kalinya ini di K.Penyu.  YB Limus Jury ADUN Kuala Penyu, hadir merasmikan Tagal Bawang  Bakaroh. Sekumpulan penduduk sekitar kawasan 'tagal' ini. Tahniah kepada penduduk kampung diatas komitmen sehingga terlancarnya program 'tagal' ini. Tagal Bawang Bakaroh (Sg.Bakaroh) yang dirasmikan oleh ADUN K.Penyu YB Limus Jury pada 26 Oktober 2013 yang lalu, dikatakan mencatat sejarah sebagai sistem tagal yang pertama di Malaysia yang dilakukan di kawasan sungai air payau iaitu kawasan sungai yang terletak di pinggir pantai. Tagal ini juga mencatat sejarah sebagai yang pertama di Kuala Penyu. Pada hari perasmian ini dikatakan sebanyak 2000 ekor benih ikan selunsung telah dilepaskan kedalam sungai Bakaroh. Apakah objektif pengujudan Tagal Bawang Bakaroh ini? Sebagai tarikan pelancong atau sebagai satu usaha memelihara ekosistem sungai dan alam sekitar ? Atau apakah sebagai satu us

Satu Hari Di Kuala Penyu..

Imej
Hampir setiap kali kembali ke daerah kelahiran ini,saya akan meluangkan masa untuk meneroka ke pelusuk kampong. Jalan-jalan keliling kampong dapat mengutip semula nostalgia lama ketika zaman kanak-kanak dulu. Sesuatu yang paling berharga ialah zaman yang telah kita lalui kerana ianya tidak akan kembali lagi dan tidak dapat ditebus dengan wang ringgit.    Ini adalah simpang naik ke kampong Tunggulian. Dulu jalan ini hanya jalan tanah kuning dan untuk ke kampong Tunggulian perlu berjalan kaki dari simpang ini sejauh dalam lebihkurang 4KM.  Lorong masuk ke kampong Tunggulian, sejauh lebihkurang 1KM lagi ke dalam. Dulu ini hanya lorong untuk berjalan kaki.    Kg.Tunggulian kini menjadi kawasan tanaman sawit. Dulu hanya getah yang di tanam tapi sekarang sudah beralih kepada sawit.  Juga jalan susur masuk ke kg Tunggulian melalui jalan Tg.Aru Menumbok.    Jalan Batu Linting    Jalan dari pantai Batu Luang ke Gorowot dan terus ke Kasugira.    Jalan dar

Harapan Dan Masa Depan PBS, Siapa Bakal Nakhoda, Kemana Halatuju ?

Imej
Datuk Dr.Maximus Ongkili, Timbalan Presiden PBS, tidak syak lagi beliau mempunyai peluang yang lebih untuk mengambilalih teraju kepimpinan PBS apabila Tan Sri Pairin bersara kelak. Datuk Jamilah Sulaiman, Timbalan presiden kuota bumiputera Islam yang baru, mengalahkan Datuk Almudin Kaida. Sebelum ini adalah ketua wanita, orang lama dalam parti dan kesetiaan kepada parti teruji untuk tempoh yang sekian lama. Kini merupakan seorang Ahli Dewan Negara. Selamat menjalankan tugas sebagai timbalan presiden yang baru. Kongress PBS yang berakhir 23 Oktober 2014 yang lalu, sangat menarik perhatian saya. Ini disebabkan beberapa perkara yang berlaku atau kelihatan berlaku kepada parti tempatan Sabah yang berjenama besar ini. Kenyataan presiden PBS Huguan Siou Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebelum PRU13 lalu, yang dipetik beliau sebagai berkata bahawa PRU13 adalah pilihanraya terakhir untuk beliau bertanding, sekaligus membayangkan satu kemungkinan bahawa beliau akan menyerahkan kepimp

Pemilihan UMNO 2013, Tranformasi Yang Tidak Menjadi Kenyataan?

"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan,"   Petikan kata-kana Tun Dr.Mahatihr mantan presiden UMNO dan Perdana Menteri (Astro Awani Online-21 Oktober 2013)   Daripada kacamata seorang rakyat biasa, saya bersetuju dengan ulasan Tun.Dr.Mahathir di atas. Memang satu ulasan yang tepat bagi menggambar keputusan pemilihan yang telah pun kita ketahui bersama. Penantian yang penuh debaran ini berakhir dengan sebuah keputusan yang 'biasa-biasa saja'. Nampaknya para perwakilan tidak mahukan perubahan dan selesa dengan barisan kepimpinan yang sedia ada. Apakah ini petanda bahawa UMNO akan berhadapan dengan PRU14 nanti dengan kekuatan yang sedia ada seperti mana 'jentera'ketika berhadapan PRU13 yang lalu? Sudah tentu para pewakilan mempunya perhitungan tersendiri dan segala keputusan mereka kita hormati dan kita terima dengan hati terbuka. Cuma saja barangkali