Anak-anak Kita...

01. Saya mulakan posting pertama dalam blog ini dengan merakamkan perasaan dukacita atas insiden buli yang dilaporkan media, berlaku di sebuah sekolah menengah di Oya Sarawak. Bagaimanapun hujah yang seterusnya dalam posting ini tidak langsung mengulas atau merujuk kepada insiden ini.

02. Merujuk kepada kejadian buli, pergaduhan dan kejadian-kejadian lain yang tidak sepatutnya dilakukan oleh golongan muda yang masih bergelar pelajar,Kementerian Pelajaran perlulah mengambil perhatian serius akan kejadian-kejadian seperti yang disebutkan dan perlu melihat setiap satunya sebagai bukan lagi satu kejadian terpencil. Insiden sumpama ini pastinya boleh dilaku di mana-mana, cuma barangkali tidak dapat didedahkan media atau tidak diketahui meluas.

03. Gejala buli atau sifat 'kesamsengan' segelintir murid di sekolah perlu di tangani secara serius oleh pihak sekolah dan kementerian. Setiap kejadian perlu dilihat secara terperinci dan disiasat punca yang menjadi penyebab kerana dengan hanya mengetahui puncanya barulah kita dapat mencegahnya daripada berulang.

04. Pengetua dan Guru Besar selaku ketua pentadbir di sekolah perlu tegas mengambil tindakan dalam setiap insiden yang berlaku. Ini kerana setiap insiden yang berlaku dalam kawasan sekolah adalah menjadi tanggungjawab sepenuhnya Pengetua atau Guru Besar. Semua guru dalam sekolah juga hendaklah menyedari bahawa semua guru adalah guru disiplin dan beban menguruskan disiplin pelajar tidak hanya terpikul di bahu guru-guru disiplin yang dilantik sahaja.

05. Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran perlu mengujudan jawatan Ketua Guru Disiplin secara sepenuh masa di setiap sekolah,yang mana guru yang dilantik sebagai ketua guru disiplin hendaklah dikecualikan daripada tugas-tugas mengajar dalam bilik darjah. Jika kementerian boleh melantik guru kaunselor secara sepenuh masa menagapa pula tidak boleh melantik jawatan Ketua Guru Disiplin secara sepenuh masa, sedangkan ketua guru disiplinlah yang paling sibuk dan berat tugasnya di sekolah.

06.Sudah sampai masanya Kementerian Pelajaran mengujudkan 'sekolah khas' khas untuk menempatkan pelajar-pelajar yang bermasalahan, supaya di sekolah khas ini para pelajar ini boleh dibentuk melalui kaedah-kaedah pelajaran dan pendidikan yang lebih khusus yang boleh mengubah sikap dan sahsiah diri mereka.
07.Pihak ibubapa juga mempunyai peranan untuk mengetahui gerak-geri anak mereka semasa di luar rumah. Jangan percaya bulat-bulat kepada anak kerana ramai anak-anak kita sekarang yang pandai berpura-pura. Sentiasa kita lihat siapa kawan-kawan anak kita. Awasi tingkahlaku anak-anak kita seawal tahun satu lagi. Ingat,jika anak kita terjebak, dia bukan saja menyusahkan orang lain tetapi dia juga akan menyusahkan kita.

Ulasan

  1. Nilai kasih sayang, jika dibangunkan secara bersepadu dan terancang, pasti akan dapat mengurangkan kes buli di sekolah. Soalnya bersediakah kita untuk melihat jauh ke hadapan dalam mencorakkan institusi yang kita dokong ?.

    Kita punya model terbaik untuk membangunkan nilai kemanusiaan dalam setiap individu. Rasulullah SAW telah berjaya mengubah manusia pembengis kepada insan penyayang.. . Kenapa itu tidak kita ikuti ?.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...