Pelan Takaful Menjamin Biaya Pendidikan Anak-anak Anda..

Pernahkan anda membaca kisah sedih berkenaan seorang anak yang pintar tetapi tidak dapat meneruskan pelajara kerana masalah kewangan, disebabkan ayah meninggal dunia atau lumpuh kerana kemalangan atau sakit?
Hari ini ramai ibubapa yang mempunyai kesedaran tinggi untuk merancang biayai pendidikan anak-anak mereka. Ramai yang menyimpan sebahagian daripada wang pendapatan mereka untuk kemudahan biaya pendidikan anak kemudian hari, terutama apabila anak hendak masuk ke universiti. Ramai yang menyimpan RM100, RM200, RM300 atau mengikut kemampuan masing-masing, dengan perancangan dalam masa 20 tahun akan datang mereka adalah sejumlah wang yang mencukupi. Tetapi malangnya sebahagian daripada mereka mungkin tidak bernasib baik. Hanya baru menyimpan mungkin RM500 atau RM600, mereka mengalami musibah sehingga mengakibatkan mereka hilang pendapat. Bila ini berlaku maka gagallah perancangan murni si bapa atau si ibu tadi..
Hari ini kita ada pelan takaful pendidikan yang lebih menjamin dalam menentukan jaminan biayai pendidikan anak-anak kita. Melalui pelan takaful ini, apa-apa berlaku kepada pencari nafkah sama ada si ayah atau si ibu, wang tabung untuk si anak akan tetap berterusan dan apabila sampai masa anak ke universiti, wang biaya si anak akan dikeluarkan tanpa mengira mungkin si ayah atau si ibu tadi baru saja menabung satu, dua atau beberapa bulan saja, sebelum kemudiannya terhenti disebabkan mungkin si ayah atau si ibu tadi terlibat kemalangan atau sakit menyebabkan berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh.
Selain daripada itu jika berlaku hal seperti di atas, pada masa yang sama jika musibah itu berlaku disebabkan kemalangan, si anak juga akan mendapat sejumlah wang tunai. Sebagai tambahan, jika si anak diwadkan di hospital atas apa-apa sebab, si anak juga akan dibayar elaun harian. Jadi rebutlah peluang terbaik ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...