Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Catatan PKPD Country Height

Pandemik Covid19 yang melanda seluruh dunia amat mencabar kehidupan manusia. Bukan saja sentiasa terdedah kepada jangkitan virus maut ini tetapi kebebasan dan ekonomi manusia turut menerima kesan teruk. Ratusan ribu malah jutaan orang hilang pekerjaan, perniagaan terpaksa ditutup dan kegiatan ekonomi harian tidak dapat berlangsung dengan lancar. Disana sini orang bergerak secara terhad dan sentiasa dikehendaki memakai pelitup muka.   Hari ini sudah masuk hari ketiga Kawasan kediaman Country Height berada dalam kawasan PKPD iaitu satu perintah kawalan pergerakan yang sangat menghadkan pergerakan orang ramai. Semua orang dikehendaki berada dalam kediaman masing-mmasinng dalam tempoh dua minggu (16-29 Jun 2021).  Ini bukan saja sesuatu yang menyukarkan serta menghadirkan situasi kehidupan yang amat tidak selesa malah jauh daripada itu ianya sangat menghimpit kehidupan penduduk kerana tidak dapat keluar bekerja mencari sarahidup. Bagi yang bergaji tetap ianya tidak begitu sukar tetapi kepe