Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Poligami: Madu ,Racun Atau Ego Seorang Lelaki ?

Imej
Keluarga bahagia (Gambar hiasan sahaja) Pagi tadi semalam dalam perjalanan memandu ke pejabat, seronok mendengar perbincangan dalam siaran sebuah saluran radio negara kita. Topik perbualan berkisar tentang poligami. Biasalah, topik sebegini sememangnya mengundang minat ramai pendengar. Maka sibuklah juruhebahnya melayan panggilan yang bertalu-talu daripada para pendengar yang teruja untuk menyatakan pendapat dan pandangan masing-masing. Bermacam-macam hujah diutarakan. Menarik sekali, sehingga saya tidak terasa tekanan memandu mengharungi kesesakan lalulintas waktu pagi. Bagi pendengar wanita, sudah tentulah dapat kita agak apakah hujah mereka manakala bagi pendengar lelaki, ramai yang mengutarakan pendapat yang kalau pun tidak menyokong seratus-peratus poligami tetapi sekurang-kurangnya menyatakan dalil dan alasan mengapa orang lelaki Islam dibenarkan menikah sehingga empat. Bagaimanapun saya lebih tertarik dengan hujah dua orang pemanggil, seoran lelaki dan seorang wanita. Biarlah s

Kerajaan Perpaduan, Akhirnya PAS Buat Percaturan Matang.

Imej
Akhirnya idea kerajaan perpaduan menemui penghujungnya . Mesyuarat bersama ketua parti -parti dalam pakatan pembangkang semalam, mengambil keputusan menolak gagasan idea ini. Kini semua berjalan seperti biasa, UMNO dengan BNnya dan PAS dengan PRnya. Dan beberapa hari lagi mereka akan berentap di Manik Urai untuk menilai sejauh mana pengaruh masing-masing sudah berkembang. Apakah kesan kepada kegagalan idea kerajaan perpaduan ini? Presiden UMNO YAB Datuk Najib ketika mengulas keputusan pihak pembangkang yang menolak 'kerajaan perpaduan', menjelaskan bahawa BN tidak merasa apa-apa atas kegagalan perdamaian politik yang dirancang itu kerana menurut beliau, kerajaan yang ada sekarang masih mampu mentadbir negara dengan baik dan tiada sebarang masalah. Memang inilah hakikatnya. UMNO sebenarnya tiada keperluan untuk membentuk kerajaan perpaduan kerana kerajaan yang dibentuk melalui komponen BN masih kuat dan mempunyai majoriti yang stabil untuk terus mentadbir negara. Jadi tiada kep

Kerajaan Perpaduan Menguji Perpaduan Dalam PAS

Imej
Mursyidul am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan timb. presiden PAS YB.Ust Nasharuddin. (Gambar dipetik daripada Berita Harian Online) Respon mursyidul am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan kritikan beliau kepada timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, berkenaan kerajaan perpaduan seperti mana yang disiarkan kebanyakkan akhbar perdana hari ini, menunjukkan betapa isu pembentukkan kerajaan perpaduan ini boleh memerangkap PAS kekancah perpecahan yang boleh merugikan parti itu sendiri. Apa sebenarnya keperluan kerajaan perpaduan kepada parti PAS ? Bagi yang mahu melihat idea ini sebagai satu penyelesaian kepada soal perpaduan politik Melayu, apakah perpaduan antara PAS dan UMNO benar-benar boleh menyatukan politik Melayu? Melihat kepada respon dan maklumbalas dikalangan para pemimpin PAS sendiri, kita melihat idea kerajaan perpaduan ini belum cukup untuk menyatukan politik orang Melayu. Ini kerana idea ini tidak mendapat sokongan yang menyeluruh (sekurang-kurangnya pada masa

Mengapa Perlu Hadkan Subjek SPM ?

Imej
Cadangan Kementerian Pelajaran untuk menghadkan bilangan matapelajaran yang boleh diambil oleh pelajar SPM kepada 10 subjek sahaja merupakan satu pendekatan yang bersifat mengundur kebelakang. Apa perlunya perubahan seperti ini ? Memberikan ruang kepada pelajar untuk ada lebih masa dalam kokurikulum? Rasanya sistem yang ada sebelum ini, tidak sedikit pun membataskan penglibatan pelajar dalam kokurikulum. Jika perubahan ini untuk menjadikan pelajar kita tidak terlalu menumpukan bidang akademik semata-mata sehingga mengabaikan bidang lain terutamanya sukan, kita fikir ada kebenarnya, tetapi tidaklah perlu kepada langkah drastik seperti ini. Sebenarnya pelajar kita masa banyak masa lapang yang terbuang hinggakan ramai yang masih punya masa untuk melepak dan berfoya-foya. Kemudian cadangan untuk mengurangkan subjek teras kepada 4 sahaja, sekali lagi mengundang tanda tanya dan keresahan kerana keenam-enam subjek teras yang ada sekarang dilihat sebagai subjek yang penting untuk diambil oleh