Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...

Imej
Ini adalah gambar-gambar lama masyarakat Tatana dari Kuala Penyu, Sabah. Saya paparkan gambar ini untuk tatapan genarsi baru orang Tatana khasnya, bagi mereka sama-sama mengenang dan menghargai asal-usul dan susur galur nenek moyang orang Tatana, yang mana etnik ini hanya terdapat di daerah Kuala Penyu. Latar masa gambar-gambar ini dikatakan sekitar tahun 1950an hinggi 1960an. Terima kasih atas ehsan Cikgu Edward Hunggim kerana mengizinkan saya untuk memaparkan semula gambar ini. Permainan badminton sudah lama dimainkan oleh kana-kanak orang Tatana. Gadis-gadis sunti orang Tatana berpakaian moden. Remaja orang Tatana suatu ketika dulu. Busana orang Tatana. Kanak-kanak Tatana sedang menuntut ilmu. Dimanakah agaknya lokasi gambar ini? Pokok kelapa di belakang sana, menggamit kerinduan kepada zaman silam kita. Zaman kanak-kanak saya tidak jauh beza daripada mereka ini, anda bagaimana? 'Tumutu',satu cara memproses padi untuk dijadik

Pemimpin Dari Kuala Penyu

Imej
Penulis bersama Datuk John OT Ghanie, mantan ADUN Kuala Penyu. Saya mula mendengar nama beliau ketika pilihanraya negeri Sabah tahun 1981. Waktu itu bapa saya aktif menyokong parti USNO. Saya mendengar namanya dipilih menjadi calon USNO bagi kerusi DUN Kuala Penyu. Saya tidak pernah lagi berjumpa dengannya waktu itu, hanya saya melihat posternya sebagai calon USNO ditampal oleh bapa di dinding rumah kami. Malangnya beliau tidak berjaya dipilih menjadi wakil rakyat kerana tewas kepada calon BERJAYA waktu itu. Tetapi kata orang, setiap keikhlasan dalam perjuangan akan sentiasa dihargai dan dinilai oleh rakyat. Pada pilihanraya negeri Sabah 1985, beliau akhirnya berjaya dipilih menjadi wakil rakyat Kuala Penyu setelah menewaskan Nurnikman Abdullah (sekarang Datuk) dari parti BERJAYA dan Wences Angang (sekarang Datuk)  dari PBS. Walaupun dalam pilihanraya negeri yang diadakan pada tahun 1986, beliau kemudiannya tewas tetapi nama beliau terus menjadi sebutan. Begitulah sejaran p

Personaliti Mengikut Jenis Darah...(Tidak Semestinya Betul)

Imej
(dipetik daripada siaran fb rakan-rakan, bukan kajian atau idea saya.)

Wajah-wajah Bangsaku

Imej
Semua mereka sudah tiada.. Tiga daripada tujuh adik-beradik , INGO NURITIM, UKANG NURITIM dan EKANG NURITIM. Wajah-wajah lama orang Tatana (Saya petik daripada siaran fb saudara saya Dr Sining Unchi). Terima kasih atas segalanya yang kalian tinggalkan untuk anak bangsa ini.

Jambatan Tasik Setumpok.

Imej
Menurut kepercayaan orang-orang tua masyarakat Tatana, tasik Setumpok didiami oleh sang Tambuakar, seekor ular gergasi yang dipercayai mempunyai kesaktian. Kerana kepercayaan ini mereka sangat menggeruni kawasan tasik Setumpok ini dan tidak pernah akan percaya bahawa akan ada sebarang aktiviti atau binaan berupa jambatan yang boleh dibuat begitu mudah merentasi tasik Setumpok. Tetapi dongeng ini nampaknya sudah berakhir. Sebuah jambatan panjang kini tersergam gagah merentangi tasik Setumpok, memenuhi impian penduduk Kuala Penyu memiliki jambatan yang menghubungkan pekan dengan kampung Palu palu dan Purun.Jambatan ini telah dibuka secara rasmi penggunaannya pada mac 2012 lalu. Pemandangan tasik setumpok dari atas jambatan sg.Setumpok.  Ada aktiviti penternakan ikan secara kecil-kecilan di tepi tasik Setumpok. Dulu masyarakat tempatan hanya mengusahakan sangkar 'balat' untuk menangkap udang. Sekeliling tepi tasik ini diliputi hutan bakau. Diharap pihak kerajaan d