Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Peralihan Kepimpinan Dan Harapan Baru Untuk PBS

Imej
Bersedia menghadapi perubahan dalam kepimpinan parti apabila tiba masanya. Begitulah saranan Tan Sri Pairin selaku presiden PBS, kepada anggota dan penyokong PBS (Lihat D.E 21 Nov,2012). Sekalipun tidak menyebutkan tarikh yang khusus kepada 'apabila sampai masanya' itu, tetapi kita dapat merasakan bahawa sudah tentu masa itu sudah tidak begitu lama lagi.Menyebut faktor usia sebagai sesuatu yang mewajarkan beliau untuk memikirkan persaraan daripada arena politik, merupakan satu petanda yang jelas bahawa hasrat Tan Sri Pairin ini adalah serius. Beliau, pada 22 Sept.2012 juga dipetik sebagai berkata bahawa PRU13 ini merupakan pilihanraya yang terakhir untuk beliau bertanding menjadi wakil rakyat. Kesediaan mengundurkan diri membuka lembaran baru kepada PBS Menyifatkan PBS sebagai 'intan permata' yang perlu dijaga dengan baik, pengunduran Tan Sri pairin sudah tentu akan membuka lambaran baru kepada PBS dan proses peralihan kempimpinan merupakan satu peristiwa bes

PRU13: Siapa Pilihan Rakyat DUN K.Penyu

Imej
Kunjungan TPM Tan Sri Muhyidin Yassin ke Kuala Penyu pada 21 Nov.2012 disifatkan sebagai satu usaha BN untuk menghidupkan kempen BN untuk mempertahan kerusi DUN 26 Kuala Penyu pada PRU13 nanti. Kerusi ini yang dimenangi BN dengan majoriti tipis 257 undi pada PRU12 yang lalu dilihat sebagai kawasan yang paling 'kritikal' untuk BN di Sabah pada PRU13 nanti. Selain pengaruh kuat Datuk John Ganih, bekas ADUN yang dikatakan bakal bertanding mewakili PKR untuk kerusi DUN N26 ini, kemasukkan Datuk Lajim ukin ke kem pembangkang juga dilihat sebagai satu perkembangan yang mencerahkan lagi peluang PKR untuk menawan DUN Kuala Penyu . Kemenagan calon BN pada PRU12 yang lalu juga banyak dibantu oleh perpecahan undi pembangkan apabila Guandih  Kohoi yang pada waktu itu turut bertanding atas tiket PKR. Guandih berjaya memperolehi 889 undi.Kesudahannya calon BN UPKO John Teo Mau Sing menang dengan majoriti 257 undi. Andainya pertandingan satu lawan satu pada waktu itu, mungkin Datuk John mamp

OT Ajuk, Pemimpin Masyarakat Tatana

Imej
Mendiang OT. Ajuk (1920 - 2012) Saya membuat sedikit catatan ini khas bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau ini terhadap masyarakat Tatana di Kuala Penyu. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar untuk masyarakat Tatana. Saya mengenali beliau sejak saya kecil lagi. Orang menyebutkan namanya sebagai Orang Tua Ajuk, merujuk kepada jawatan beliau sebagai Ketua Kampung yang paling senior dikalangan orang Tatana pada waktu itu. Dahulunya jawatan sebagai Ketua Kampung dikenali sebagai 'Orang Tua' atau OT.Apa yang saya kenali, beliau ini mempunyai perwatakan yang tenang tetapi peramah. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam tugasnya sebagai O.T dan selalu menjadi rujukan orang kampung untuk menyelesaikan permasalahan atau pertelingkahan yang agak rumit.Ketokohan serta kewibawaannya ketika menjalankan tugas menjadikan beliau seorang yang disegani dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. 15 November 2012, dalam usia 92 tahun akhirnya OT Ajuk meninggal

Amai Eyuh Dalam Kenangan...

Aku memanggilnya bapa, meskipun beliau bukan ayah kandungku. Tetapi oleh kerana pada waktu kecilku, aku sering saja mengalami masalah kesihatan maka kedua ibubapaku memperakukan aku sebagai 'anak' kepada pakcikku ini. Dalam kepercayaan masyarakat Tatana, anak-anak yang sering demam atau mengalami masalah kesihatan yang berlarutan, perlu diberikan kepada orang lain atau  dalam istilah suku ini disebut 'dipalid'.Namun begitu ianya tidaklah bermakna bahawa seseorang anak itu perlu tinggal bersama keluarga dimana seseorang anak itu diberi. Ianya hanya pada lafaz perkataan saja tetapi sehingga anak itu membesar maka dia perlu memanggil keluarga yang 'mengambil'nya, sebagai bapa dan emak. Begitulah aku dengan pakcik Eyuh, aku panggilnya 'bapa' dan isterinya aku panggil 'mama' atau emak, walapun sebenarnya mereka ini hanya merupakan bapa saudaraku. 12 Mei 2012, pakcik Eyuh telah pergi buat selamanya. Pemergiannya sungguh mengejutkan kerana pada perk