Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Majlis Jamuan Akhir Tahun 2012, SK.Penampang.

Imej
Bergambar bersama guru-guru SK.Penampang pada majlis jamuan akhir tahun sekolah, di Shangrila Hotel Bandaran Berjaya Kota Kinabalu.Sebelah saya Guru Besar Cemerlang, GB Sk.Penampang Tn.Guradita Singh. Berdiri di belakang, dari kiri Cikgu Raime, Cikgu Denny Dan cikgu Moji. 13 Oktober 2012, memenuhi undangan kelab staff SK.Penampang,menghadiri majlis jamuan akhir tahun sekolah bagi tahun 2012 bertempat di Hotel Shangrila Bandaran Berjaya. Kesempatan seperti ini dapat mengimbau semula nostalgia lama semasa menjadi pendidik yang telah saya tinggalkan kira-kira 7 tahun yang lalu. Kehadiran saya atas kapasiti sebagai YDP PIBG merupakan suatu tanda perhubungan erat antara ibubapa denga pihak sekolah. Kepada guru-guru Sk Penampang, saya ucapkan selamat bercuti akhir tahun sesi persekolah 2012. Terima kasih juga kerana telah mendidik anak-anak kami dengan penuh komitmen dan iltizam. Kesemua anak saya memulakan persekolah rendah di SK Penampang.