Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

H1N1 Dan Kesedaran Kita.....

Imej
Setakat posting ini ditulis, kalau tidak silap saya sudah 30 orang rakyat kita yang menjadi korban wabak H1N1. Saya kira dengan angka kematian seperti ini sudah cukup menggerunkan kita akan bahaya jangkitan wabak ini. Ketakutan ini amat menuntut keprihatinan kita semua supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti mana yang disarankan oleh pihak kementerian kesihatan. Kerap membasuh tangan dan sentiasa menjaga kebersihan diri merupakan antara amalan yang mampu diusahakan untuk kita menghindarkan diri daripada serangan virus berbahaya ini. Hari ini apabila kita berjalan kemana saja, kita dapati ramai orang yang mula memakai topeng mulut dan hidup.Tetapi dalam masa yang sama masih ramai lagi yang enggan berbuat demikian. Mungkin rimas atau panas, tetapi yang nyata masih ramai yang kurang berjaga-jaga. Memakai topeng mulut dan hidung ini adalah satu cara untuk kita mengurangkan risiko jangkitan, jadi tidak salah untuk kita mengamalkannya terutama apabila kita terpaksa berasak-asak