Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Tahniah Kepada 48 Orang Yang Dilantik PKR..

Tahniah kepada 48 orang Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) yang telah dilantik untuk bertugas di kawasan masing-masing, yang telah mengangkat sumpah jawatan di hadapan YAB Ketua Menteri Sabah di bangunan Innoprise pada 20 Ogos 2013. Senarai 48 PKR Yang Dilantik: Abdan Abdul Majid  :   Banggi Datuk Chin Kee Yong :Tanjung Kapor Zamrah Abnaha :Pitas Julius Radani :Tandek Aliudin Paitu :Tempasuk Abdul Majin Pessan :Usukan Datuk Jahid Jahim :Tamparuli Johari Saiman :Sulaman Kumin Gabpai :Kiulu Manjah Ag. Bahar :Karambunai Chu Wing Siew @ Henry Chu Andiu :Tanjung Aru Ali Hussin Sharin :Petagas Datuk Juil Nuantim :Kawang Ag. Arshat Ag.Kahar :Pantai Manis Mohd Saidin Ibrahim :Bongawan Awangku Lampoh Pg. Simpol :Membakut Nispis Jurih :Kuala Penyu Junli Usup :Lumadan Abd.Rahman Mohd Noh :Sindumin Yubidi Gompoyo :Kundasang Jahidin Lumat :Karanaan Georgina George :Paginatan Silverius Bruno :Tambunan Sahanip Jamil :Liawan Simon Mamat :Melalap Suki

Membeli Ikan Di Jeti Nelayan Pasir Putih...

Imej
Jika ingin mendapatkan ikan-ikan yang segar, disinilah tempatnya. Saya selalu datang ke sini pada waktu pagi,membeli ikan segar yang baru dibawa dari laut.Pagi tadi seperti biasa saya datang dengan hasrat nak dapatkan bakalan ikan segar,tapi tak ada rezeki, setakat jam 8.30 belum ada hasil tangkapan yang boleh dibeli.    Perahu-perahu nelayan sedang berlabuh.  Peminat-peminat ikan yang datang untuk membeli ikan sedang menunggu ketibaan nelayan dari laut. Perahu-perahu nelayan sedang berlabuh,barangkali tidak turun ke laut hari ini.

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Imej
Ketika saya tiba di Bandar Kota Kinabalu pada akhir 1990 dulu,pantai ini hanyalah sekadar tepian pantai biasa,tanpa sebarang kemudahan untuk beriadah. Waktu itu jarang kelihatan keluarga yang datang kesini, tidak kira pada hujung minggu atau hari-hari biasa. Macam manapun kini ianya telah jauh berubah wajah, dimajukan menjadi satu kawasan riadah yang menarik untuk bersantai bersama keluarga. Inilah pantai Tanjung Lipat, terletak di teluk Likas K.Kinabalu. Dari pusat Bandar hanya mengambil masa dalam 5 minit atau dalam jarak kurang 5KM.   Kawasan yang bersih dilengkapi dengan kemudahan untuk bersantai,tapak letak kereta yang mencukupi.  Pemandangan yang indah mendamaikan jiwa, memberi seribu ilham.  Ada yang datang membawa khemah. Suasana yang damai dan tenteram, menyeronokkan.  Kanak-kanak riang bermain dan bergerak bebas.  Kelihatan bangunan Menara Tun Mustapha (Bangunan Yayasan Sabah) nun di seberang sana.    Di seberang sana kelihatan Pulau Sepanggar.

'Chicagoo' Di Tanahairku......

Imej
Jika saya katakan gambar-gambar ini adalah di 'Chicagoo',sudah tentu anda membayangkan ini satu tempat di US. Sebenarnya ini adalah 'Chicagoo' di Kg Rampaan Ulu Kota Belud atau lebih tepat terletak di kuala sungai Rampayan. Saya rakamkan gambar-gambar ini untuk kita sama-sama menikmati keindahannya. Jika ada kelapangan boleh datang 'piknik' sini sambil memancing.    Pemandangan kuala sungai Rampayan.Ini adalah jalan kelaur ke Laut Cina Selatan.    Ini adalah hilir sungai yang akan menghilir hingga ke Pendasan. Disebutkan bahawa pada era kerajaan Pendasan dulu, disinilah perahu-perahu dagang mudik  menghantar barang dagangan ke Pendasan.  Ada keluarga sedang beriadah.  Ini kawasan kebun arwah bapa mertua saya. Sudah menjadi semak semanjak arwah sudah tiada.  Ada pondok buruk tempat arwah selalu berehat. Dahulu saban hari arwah gemar menghabiskan masa disini.  Di sebelah sana adalah Kg.Rampayan Laut atau dikenali 'Minangah' ole

1 Syawal Di Kg.Telaga

Imej
Masjid Jamek Kg.Telaga Kali pertama menyambut 1 Syawal di Kg.Telaga Pitas Sabah,tidaklah menjadikan sesuatu yang asing buat saya. Tiada yang kelihatan berbeza kerana suasana tetap sama, cuma orangnya saja yang berlainan. Setelah lebih 16 tahun merayakan 1 Syawal di Kg.Rampayan   Kota Belud, hari ini tiba giliran Kg. Telaga. Seawal jam 6 pagi saya sudah bersiap sedia, ini kerana jika saya tiba lewat, ianya akan memungkinkan ruang untuk menunaikan solat akan penuh. Bagaimanapun seawal jam 7.35 pagi barulah saya dapat menuju ke masjed Jamek Kg.Telaga. Satu yang sedikit menghairan, walaupun ketika tiba di masjid,waktu sudah pun pukul 7.45 pagi, tapi suasana dalam masjid masih lengang, belum ramai jemaah aidilfitri yang tiba.   Jika di masjid-masjid di Bandar K.Kinabalu, sudah tentu dalam waktu-waktu begini, jemaah telah melimpah ruah hingga ke jalanraya.   Setiba dalam masjid,seperti biasa saya menyertai jemaah lain tertakbir membesarkan Illahi,sebelum tiba masa untuk solat sun