Jangan Berani Gagal

Ketika perdebatan berkenaan perlaksanaan PPSMI mencapai kemuncaknya, keputusan STPM 2008 diumumkan. Ramai yang berjaya lulus dengan cemerlang, menjadi kebanggaan guru dan ibubapa. Terima kasih guru, terima kasih ibu dan bapa. Ini ungkapan yang lumrah sebagai tanda kesyukuran bagi satu kejayaan.

Tahniah kepada anda yang berjaya. Kepada anda yang tidak berjaya, ini bukan bermaksud dunia anda telah berakhir. Setiap sesuatu kejadian ada hikmahnya, yang penting sekali ialah keazaman kita. Belajar daripada kesilapan merupakan permulaan kepada satu kejayaan. Ada orang berpendapat, kita mesti berani untuk gagal. Bagi saya tidak tepat pendapat itu, yang paling tepat ialah kita perlu berani mendepani risiko. Hanya mereka yang berani sahaja yang akan berjaya.

Ilmu dan segulung ijazah hanya salah satu daripada syarat, yang lebih mustahak ialah diri kita, apa yang mahu kita jadikan diri kita ini. Saya teringat kata-kata seorang rakan setugas saya suatu ketika dulu (sekarang beliau sudah bergelar 'Datuk' dan menjadi pengarah dalam salah sebuah jabatan kerajaan), kata beliau "sijil atau ijazah, bila sudah ada jangan hanya atas kertas tetapi mesti ada dalam kepala.) Dalam maksud kata-kata beliau itu, tetapi bila menyaksikan kejayaannya,saya faham apa yang beliau maksudkan itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...