Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Anak Siapakah Mereka Itu..?

Suatu hari ketika memandu pulang dari pejabat, sewaktu melewati sebuah perhentian bas, saya terlihat pemandangan yang begitu jelak. Sepasang pelajar sekolah yang masih mengenakan uniform sekolah sedang bercumbuan. Beberapa rakan mereka yang turut berada di perhentian bas itu hanya membiarkan mereka begitu. Saya beristaghfar dalam hati. Anak siapakah ini ? Apa yang pasti, mereka adalah anak bangsa saya. Kita menjadi serba salah dalam soal begini, hendak ditegur salah dan hendak dibiarkan pun rasa bersalah. Dalam rasa hari saya, saya sangat bersimpati kepada kedua-dua ibubapa pelajar itu. Disangkan anak mereka telah pergi sekolah dengan baik-baik dan menjadi orang berguna, rupanya ditengah jalan mereka melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Hatta orang dewasa sekali pun, bahawa amat tidak manis bila lelaki dan wanita berpelukan dan dan saling membelai ketika dikhalayak ramai, inikan pula anak-anak yang masih bersekolah, kerana saya fikir umur mereka belum pun mencapai