Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2010

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Imej
Hanya dua puncak ini yang tinggal, tetapi pokok ara di atasnya tetap bertahan. Mengapa dua puncak ini tidak diratakan? Batu Luang tetap menyimpan cerita masa lampau. Rahsia tetap ada disebalik apa saja kejadian. Puncak ini kekal bertahan. Hempasan ombak ganas selama ribuan tahun gagal meranapkannya. Begitu juga terpaan arus zaman dan pemodenan, masih tidak berupaya melenyapkan kewujudannya. Kita biarkan ia terus bertahan sebagai monumen pergerakan zaman. Tebing ini dulu curam, menampan di depan pantai. Saya perlu merangkak untuk memanjatnya. Hari ini ianya masih tersisa, menyimpan sisa-sisa cerita rakyat yang ada di sini, sebagai kenangan dan nostalgia. Esok 31 Disember 2010, PM Datuk Najib mengumumkan cuti umum seluruh negara sebagai merayakan kejayaan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, mengalahkan pasukan Indonesia dengan aggriget 4-2. Esok juga adalah hari terakhir bagi tahun masehi 2010. Bagi Sabah, esok adalah hari terakhir perkhidmatan TYT Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Hj Ah

Menyampaikan Cek Manafaat Takaful Di Papar.

Imej
Saya menyampaikan cek kepada ibu allahyarhamah. Salam takziah kepada keluarga ini. 27 November 2010, saya bersama Saharun Abunawas telah berkunjung ke Papar untuk menyampaikan cek manafaat perlindungan takaful kepada waris salah seorang peserta takaful kami yang telah meninggal dunia. Bertolak dari bandar pada pukul 9.00 pagi. Lokasi tujuan kami ialah Kg.Kuala Papar. Munirah dan suaminya yang tinggal di Taman Pengalat yang akan hadir bersama kami, sedang menunggu di pekan Papar. Pukul 11 pagi misi menyampaikan amanah dan tanggungjawab terakhir ini selamat dilaksanakan. Kepada keluarga allahyarhamah, takziah kami ucapkan. Sesungguhnya daripadaNya kita datang dan kepadaNyalah kita akan kembali.

Anda Ingin Perubahan ???

Anda ingin melakukan perubahan pada kehidupan anda? Jika hari ini anda memandu kereta kancil untuk ke pejabat, inginkah anda menukarkannya kepada kereta Iswara, jika hari ini anda memandu Iswara, inginkah anda menukarnya kepada Wira, Waja atau Perdana? Semua ini terletak ditangan anda. Cuma, bagaimanakah anda boleh mencapainya? Menunggu kenaikan gaji? Berapa lama ? Ingin berniaga selepas waktu pejabat? Adakah anda mempunyai tenaga dan masa yang cukup? Anda ada keluarga dan anak-anak untuk bermesra dengan anda? Jika anda sampai ke rumah jam 6 petang dan kemudian keluar berniaga malam sehingga jam 11 malam, berapa lamakah anda boleh bertahan..? Penat penat dan penat. Tiada masa ! Hari ini, kami ada jalan terbaik untuk anda. Sertailah kami sebagai wakil takaful keluarga. Pendapatan konsisten dan masa berniaga yang fleksibel. Anda tidak perlu modal, tidak perlu jual barang, tidak perlu sewa tapak/kedai, latihan disediakan secara percuma. Hanya tinggal bergantung kepada minat, azam dan kein