Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2013

Kuala Penyu Bakal 'Panas'.

Isnin 11 Februari 2013 sempat ronda-ronda sekitar tanahairku KP. Walaupun hanya beberapa jam saja tapi mampu juga ronda-ronda sekitar Kg.Batu Linting, Mansud, Tempurong hingga Sawangan. Jaraknya agak jauh juga tetapi oleh kerana jalanrayanya aspal maka perjalanan sekejap saja. Jalan aspal menyelusuri seluruh pelosok kampung, inilah kenikmatan dan kejayaan penduduk KP yang bijaksana. 2004-2008, KP diwakili oleh ADUN Bebas Datuk John Ganie, tetapi tetap menampah kemajuan. Saya fikir ini satu keistimewaan bagi penduduk KP. Berani buat pilihan yang menentang arus, tetapi tidak pernah terpinggir dan dipinggirkan. Oh ya,KP mempunyai kawasan pinggir pantai yang panjang dan indah. Singgah mengisi perut di warung tepi pantai di Tempurong, selain makanan yang sedap, suasana nyaman pinggir pantai menjadikan apa yang dinikmati bertambah sedap. Harga pun sangat murah dan amat berbaloi. Saya cadangkan jika anda berkunjung ke KP datanglah makan di gerai Kg.Tempurong.  Bersembang soal politik