Hikmah si 'cinta monyet'

Orang menggelarnya 'cinta monyet'. Entah mengapa, mungkinkah sifatnya seperti monyet atau mungkinkah juga bermaksud 'monyet monyet' atau 'main-main' saja. Apa pun dan seburuk manapun pengertiannya,saya percaya setiap sesuatu itu tetap ada hikmahnya, asalkan kita selalu positif dalam memberi tindakbalas.

Lima belas tahun yang lalu, saya mempunyai seorang rakan, saya gelarnya A. Ketika itu kami sama-sama menuntut di sebuah sekolah di bandar K. Suatu hari, A telah jatuh hati kepada seorang pelajar perempuan di sekolah yang sama, kami mengenalinya R. Entah mengapa A sungguh tergila-gilakan R sedangkan R lansung tidak tertarik kepada A. Jadinya A hanya bertepuk sebelah tanganlah jawabnya. NamunA tidak mengalah. Berpuluh-puluh surat diutus A kepada R (masa tu emel dan internet masih begitu asing),namun tiada satu pun berjawab. Bukan itu saja, R juga berusaha mengelak daripada bertemu A. Melalui kawan-kawan, R minta mereka memberitahu A supaya A jangan lagi menggangunya. Namun begitu A benar-benar mabuk angau, masih juga mengutus surat kepada R (kerana R tidak mahu berjumpa A).

Akhirnya A menerima balasan surat daripada R. Masa itu A rasa bagai nak melayang. Akhirnya R melayan suara hatinya.Dengan gemantar A membuka surat R dan tidak sabar untuk membaca segala yang dicoretkan oleh R. Tergambar dihatinya bagaimana akhirnya R menerima dirinya sebagai teman. Tetapi, sebaik membaca beberapa baris ayat dalam kertas berwarna biru itu, A tiba-tiba sebak. R memberitahu bahawa dia cuba memujuk hatinya untuk menerima A tetapi dia tidak dapat melakukannya. Maaf, kata R, saya tidak dapat memaksa hati saya untuk menerima A. A menggumpal surat itu dan menghampaskannya kedalam bakul sampah.

Keesoknya hari, A melihat R membonceng motosikal dengan seorang pelajar yang baru berpindah ke sekolahnya. Mereka berlalu mesra. mungkin hanya untuk menyakitkan hatinya tetapi A tetap mengawal diri dengan respon yang selamba saja.

Saya menemui A selepas itu dan menasihatinya supaya melupakan saja R. tidak berapa lama lagi kami akan menduduki peperiksaan STPM, jadi kejayaan dalam STPM jauh lebih penting. Saya katakan kepadanya bahawa jika dia berjaya dalam hidup, akan ada ramai lagi yang lebih lawa daripada R yang boleh dia temui. Kita cari pengganti R di universiti nanti, kata saya kepadanya.

A besetuju dengan idea saya. Mulai hari itu A melupakan terus perasaannya pada R. A memberitahu saya bahawa dia ingin menebus maruah dirinya dengan menjadikan pencapaian hidupnya sebagai yang terbaik. Selepas keputusan STPM diumumkan, A mendapat keputusan yang cemerlang, lebih baik daripada saya dan jauh lebih baik dengan keputusan yang dicapai oleh R. Selepas itu kami pun membawa haluan masing-masing. Begitu juga R, saya pun tidak tahu kemana dia selepas itu.

Lima belas tahun selepas itu, saya bertemu A semula..Wah,kini A sudah berjaya. Penampilan hidupnya sungguh hebat. A memegang jawatan penting dalam sebuah syarikat besar multinasional. Paling manis,A memberitahu saya bahawa kejayaannya hari ini adalah disebabkan oleh azamnya untuk menebus kekeciwaannya akibat daripada dimalukan R, lima belas tahun dulu. Kata A, jika R menerimannya dulu mungkin dia sudah hanyut dan tidak akan sampai kepada tahapnya hari ini. Setiap sesuatu ada hikmahnya kata A.

A kemudian memperkenalkan saya dengan pengganti R yang kini menjadi teman hidupnya.Wah memang benar, dia jauh lebih lawa daripada R dulu. cuma kata A, dia ingin sekali bertemu R, sekadar ingin tahu bagaiamankah keadaaannya hari ini. Dia juga seorang sahabat lama. saya setuju, mudah-mudahan R juga telah berjaya dalam hidupnya.

( Moral daripada kisah hidup ini , jika kita menghadapi sesuatu kegagalan atau kekeciwaan dengan positif, kita akan mampu menukarkan menjadi kejayaan atau HIKMAH. Ingatlah semua kawan-kawan, bahawa setiap sesuatu yang dihadapkan kepada kita pasti ada hikmahnya.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...