Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Bijih Benih,Tanah Kebun & Pagar

Imej
Ketika meninjau-ninjau proses perjumpaan antara guru dan ibubapa di sekolah rendah anak saya (SK.Penampang), saya dihampiri oleh seorang ibu yang begitu prihatin terhadap perkembangan 4 orang anak perempuannya. Kebetulan minggu lepas anak sulung saya baru saja dipilih sebagai tokoh pelajar cemerlang sekolah ini. Jadi si ibu ini ingin sekali berkongsi rahsia saya mendidik anak. Saya katakan kepada si ibu ini bahawa saya tiada rahsia apa-apa. Lagipun apa yang dicapai oleh anak saya itu kecil saja berbanding dengan anak orang lain. Ada ramai lagi yang jauh lebih berjaya. Bagaimanapun saya katakan kepada si ibu ini bahawa kejayaan dan pencapaian kecil anak saya banyak berpunca daripada sikap anak itu sendiri. Keinginan untuk cemerlang menjadikan anak-anak itu mahu berusaha lebih berbanding kawan-kawan lain. Kita sebagai bapa bolehlah berperanan untuk memberikan anak-anak kita halatuju. Si ibu kemudiannya meluahkan kebimbangannya tentang anak perempuannya yang kini sudah berada ditingkatan