Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Empat Perkara & Empat Cara

Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama 4 CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap sepe

Panginaman ! Panginaman !!!

Panginaman ! Panginaman ! Panginaman ! Kebosanan menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki terusik oleh kelucuan gelagat 'band boys' yang sedang menguji 'sound system' mereka. Pengantin yang kononnya akan tiba pada jam 2 petang, rupa-rupanya hanya akan sampai pada jam 5 petang. Inilah satu kelainan yang saya lihat di daerah Pitas, bilama acara persandingan hanya akan bermula pada jam 4 hingga 5 petang. kalau ditempat saya dan tempat-tempat lain yang pernah saya kunjungi, acara persandingan berlangsung paling lewat pada jam 2 petang. Bagaimanapun inilah salah satu kepelbagaian cara dan budaya yang ada di Sabah, banyak berjalan, banyaklah yang akan kita tahu. Panginaman ! Saya tertarik bukan sekadar kerana kelucuan dan keramahan pengacara 'band boys' ini tetapi saya lebih tertarik dengan bahasa itu. Saya dengar dan perhatikan setiap perkataan yang mereka tuturkan, ada banyak persamaan dengan bahasa ibunda saya. Perkataan 'panginaman'yang dituturkan dala

Mengunjungi Tamu Kinarut.

Lebih 20 tahun bermastautin di K.Kinabalu,baru hari ini saya tergerak hati mengunjungi tamu pekan Kinarut ini. Sebenarnya saya tidak tahu pun adanya tamu di Kinarut ini, sehinggalah sahabat saya Haji Nasaruddin memberitahunya pada saya tahun lalu, ekoran daripada cerita-cerita nak cari ikan 'fresh'. Seawal jam 7 pagi saya bergegas ke pekan Kinarut sejauh hanya lebihkurang pemanduan mengambil masa 15 minit. Memandangkan saya sudah lewat, saya terpaksa berjalan kaki sejuah lebihkurang 400 meter. Menepati sejarah awal kelahiran 'tamu' di Sabah, tamu Kinarut ini menemukan pelbagai etnik dalam satu aktiviti jual beli yang muhibah. Saya mencari-cari manakah ikan 'fresh' yang diberitahu oleh sahabat saya ini. Memang ada tapi harganya agak mahal dan membantutkan selera saya untuk membeli. Mungkin bukan rezeki untuk saya. Tapi saya dapat membeli buah rambutan dengan harga RM4 sekilo. Bercerita mengenai pekan Kinarut ini, deratan kedai lamanya menarik perhatian saya untuk