Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

Ada Apa Pada Nama ???

Imej
Ada orang berpendapat, ada apa pada nama? Mungkin pendapat itu perlu dibetulkan kerana nama memainkan peranan penting kepada kita. Kita dikenali dan mengenali dengan menggunakan nama. Bayangkan kalau kita tidak mempunyai nama, agaknya macam mana kita nak panggil seseorang ? Tentu kalut jadinya. Dalam agama Islam, kita dikehendaki menamakan anak-anak kita dengan nama yang baik dan mempunyai maksud yang baik. Ada nama yang sedap disebut tapi tiada maksud tertentu atau lebih teruk membawa maksud yang tidak baik. Ini dilarang dalam agama Islam kerana nama merupakan satu 'doa' atau perlembangan kepada sikap atau perwatakkan seseorang insan. Dalam masyarakat Melayu, nama juga melambangkan legasi seseorang sehinggakan ada pepatah menyebut 'harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'. Nama adalah sesuatu yang kekal untuk dikenang walaupun jasad kita telah beratus tahun dimamah tanah. Bercakap soal nama ini, saya nak memperkenalkan sebuah sekolah yang belum

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 'Satu Malaysia' Bersama Menakhodakan Zaman.

BARISAN KABINET 'SATU MALAYSIA' DIBAWAH KEPIMPINAN YAB DATUK SERI MOHD NAJIB BIN TUN HJ.ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI: Datuk Seri Najib Tun Razak TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tan Sri Dr Koh Tsu Koon Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz Tan Sri Nor Mohamed Yakcop Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom Timbalan-timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong Datuk Dr Mashitah Ibrahim Datuk S.K. Devamany Ahmad Maslan T.Murugiah MENTERI KEWANGAN: Datuk Seri Najib Tun Razak MENTERI KEWANGAN II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Timbalan: Datuk Chor Chee Heung Datuk Dr Awang Adek Hussin MENTERI PELAJARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan: Datuk Dr Wee Ka Siong Dr Mohd Puad Zarkashi MENTERI PENGANGKUTAN: Datuk Ong Tee Keat Timbalan: Datuk Abdul Rahim Bakri Datuk Robert Lau Hoi Chew MENTERI PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI: Tan Sri Bernard Dompok Timbalan: Datuk Hamzah Zainudin MENTERI DALAM NEGERI: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Seri Mohd.Najib Tun Hj.Abdul Razak, Perdana Menteri Ke 6

Imej
Dengan rasminya hari ini YAB Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Hj.Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia dihadapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin. Datuk Najib menjadi PM Malaysia yang ke 6. Rakyat Malaysia menaruh harapan yang tinggi agar putera kepada mantan PM Malaysia yang ke 2 ini dapat terus mengekalkan negara dalam kemakmuran dan selamat. Tahniah kepada Datuk Najib dan terima kasih kepada mantan PM Tun Abdullah Bin Hj.Ahmad Badawi.

Konsep 'Satu Malaysia' Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Imej
Jika Datuk Abdullah Ahmad Badawi dikenali dengan konsep Islam Hadhari, bakal PM kita Datuk Najib Tun Razak yang akan mengangkat sumpah jawatan esok , muncul dengan konsep 'Satu Malaysia' Satu Malaysia, merujuk kepada pelaksanaan pelbagai program secara lebih adil dan saksama terhadap semua etnik, yang diharap mampu menyatukan pelbagai kaum di negeri ini. Menurut Najib,konsep ini akan dijalankan secara teratur dan sistematik untuk memastikan agar tiada kaum yang terpinggir. Konsep 'Satu Malaysia' akan ditunjangi oleh dua prinsip utama iaitu sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan keyakinan antara satu dengan yang lain. Apabila kedua-dua sikap ini berlaku maka ianya akan melahirkan sikap terbuka dikalangan rakyat Malaysia, seterusnya ini akan membawa rakyat kepada penghayatan tentang perpaduan dan kepelbagaian. Datuk Najib menekankan bahawa sikap yang digariskan di atas tidak akan berlaku secara mengejut, sebaliknya ianya perlu dibangunkan secara teratur