Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Selamat Hari Ibu.

Blog ini hanya ada satu 'follower' dan setakat hari ini bilangan pengunjungnya belum pun mencecah 1000. Tetapi saya teruskan jua menulis sesuatu disini sebagai kenangan bagi masa yang mendatang. Hari ini, saya fikir topik yang menarik adalah 'Hari Ibu'. Dari semalam saya lihat ramai orang sibuk-sibuk meraikan sambutan untuk memperingati kaum ibu kita. Sesungguhnya sambutan ini merupakan sesuatu yang positif bagi menyedarkan golongan anak agar sentiasa mengingati dan menyayangi ibu masing-maisng. Bertuah bagi sesiapa yang masih ada ibu dan saya merupakan salah seorang daripadanya. Ibu saya belum begitu tua dan saya rasa bertuah kerana saya masih berpeluang menjaga beliau. Saya rasa bertuah kerana hari ini saya meletekkan beliau dalam keadaan 'senang' kerana tidak perlu lagi melakukan apa-apa kerja seperti mana yang terpaksa beliau lakukan sewaktu kami masih kecil-kecil dahulu. Adakah saya mengucapkan selamat hari ibu pada ibu saya? Tidak. Saya tidak pernah menzah