Imuniti Dan Kekebalan Ahli Parlimen


Baru-baru ini Ahli Parlimen Pasir Mas (Bebas) Datuk Ibrahim Ali telah mencadangkan supaya kekebalan atau imuniti ahli Parlimen ditarik balik. Bagaimanapun cadangan beliau ini tidak dipersetujui oleh kebanyakan ahli Parlimen, sama ada daripada kerajaan atau pembangkang.

Menurut artikel 63 dalam Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli parlimen diberikan imuniti daripada sebarang tindakan mahkamah keatas apa-apa yang dicakapkan semasa persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Bagaimanapun kekebalan dan imuniti ini masih tertakluk kepada artikel 153 berkenaan hak istimewa orang Melayu, artikel 152 berkenaan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, artikel 181 berkenaan raja-raja Melayu dan akta hasutan 1948. Ini bermakna kekebalan ahli parlimen ini tidak melampaui hal-hal yang berkaitan dengan artikel dan akta di atas.


Oleh yang demikian cadangan untuk menarik balik imuniti dan kekebalan ahli parliemn ini dilihat sebagai sesuatu yang tidak perlu memandangkan undang-undang dan peraturan yang sedia ada dapat mempastikan kekebalan yang ada dipikul dengan penuh hemah dan tangungjawab oleh semua ahli yang berhormat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...