Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Siapa Perompak ???

Artikel lawak ini saya petik daripada posting di laman sosial. Konon kisah berlaku di sebuah negara benua. Kisahnya memang lawak tetapi dapat membuka minda dan ada unsur pengajaran serta paparan realiti baru dalam kehidupan moden ini. Anda baca dan terpulang kepada pendapat masing-masing: Konon cerita semasa rompakan di sebuah bank di negara benua, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: "Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..." Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap. *Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain! Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya: "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"  *Ini dipanggil sebagai "Profesional." - Fokus hanya pada apa yang dilatih untuk melakukan! Apabila perompak bank kem

Mensilou, Timpohon di Kinabalu Park: Menikmati Alam Damai Yang Menyegarkan Jiwa.

Imej
Paparan beberapa keindahan di Mensilaou Nature Resort. Selepas menikmati keindahan, boleh singgah beli sayur-sayuran segar untuk dibawa pulang. Gunung Kinabalu, pandangan dari pondok Timpohon.

Sedikit Catatan: Pesta Kaamatan di Hongkod Koisaan, 2013.

Imej
Seperti biasa pada 30&31 Mei setiap tahun, Hongkod Koisaan di Penampang menjadi tumpuan orang ramai untuk berkunjung. 30&31 adalah kemuncak bagi sambutan Pesta Kaamatan di Sabah dan Hongkod Koisaan (Kawasan bangunana KDCA) menjadi tapak sambutan yang tetap. Seperti tahun-tahun yang sudah, saya mengambil kesempatan untuk turut serta berkunjung ke sini untuk menyaksikan kemeriahan sambutan pesta yang diraikan setiap tahun ini. Meskipun tiada nampak pembaharuan kepada acara dalam sambutan ini berbanding penganjuran pada tahun-tahun yang lalu tetapi rasanya menjadi satu kerugian kalau tidak meluangkan sedikit waktu melawat ke tapak-tapak pameran dan rumah budaya yang ada disitu. Bagi anda yang tidak berkesempatan datang, saya muatkan beberapa rakaman yang sempat saya ambil semasa berkunjung pada tahun ini. Kepada penganjur, saya catatkan beberapa komen untuk diberi perhatian supaya dapat diambilkira pada penganjuran tahun akan datang.  Bertagunggu (memukul gong) daripada e