Catatan

Catatan Menjelang Subuh, Di Kota Kinabalu International Airport.

Selamat pagi. Menjelang subuh, ini satu dunia baru bagiku. Tidak pernah kufikirkan sebelum ini bahawa akan jadi begini. Tetapi ini realiti. Apa yang didepan,sentiasa menjadi rahsia. Setiap apa yang kita lakukan, apa saja pekerjaan yang kita sanggupi untuk usahakan, bersamanya akan hadir sumber rezeki iaitu wang. Tetapi lebih dari itu, ianya juga akan menghadirkan kita pengalaman hidup yang berterusan, yang mana pengalaman ini memberi kita keupayaan untuk mempelajari dan mengerti segala bentuk kehidupan dan kemanusiaan. Segala yang baik kita jadikan ikutan untuk dipelajari. Manakala yang buruk kita jadikan sempadan untuk dijauhi. Betapa dalam kehidupan ini kita temukan tiga kumpulan. Ada sebahagian yang hanya memburu dan menikmati dunia. Ada pula sebahagian hanya memburu akhirat dan melupakan dunia. Ada pula sebahagian kecil yang memburu akhirat tetapi tanpa melepaskan dunia. Lalu dimana kita? Ternyata pengalaman hidup membantu kita untuk membuat pilihan yang seimbang, tanpa perlu lal…

Catatan Perjalanan Ke Bandar Sandakan...

Melewati satu perjalanan yang jauh memanglah sesuatu yang mendebarkan. Keletihan dan beberapa kepayahan tergambar dalam minda, apatah lagi bila memikirkan sistem jalanraya yang tidak begitu memuaskan. Ditambah pula inilah perjalanan pertamaku ketempat yang ditujukan dengan memandu kenderaan sendiri. Sepuluh tahun dulu aku kesini tetapi dengan menumpang bas. Perjalanan enam jam sesuatu yang meletihkan untuk difikirkan, tetapi aku kuatkan hati untuk melaluinya. Seawal pukul 5 pagi 28 Februari 2017,aku meninggaalkan bandar KK dengan hati yang berbelah bagi, namun fokus untuk sampai ke tempat yang ditujukan. Perjalanan ke Ranau biasa-biasa saja, jarak waktu pemanduan selama dua jam tidak memberi apa-apa kesan, hanya sedikit kerisauan kepada kondisi kenderaanku yang tidak berada pada kesempurnaan yang seratus peratus. Hanya yakin dan tawakal jadi azimat.
Singgah bersarapan pagi di pekan Ranau. Secawan nescafe dan sekeping roti telur,harganya RM4.40, cukuplah untuk mengalas perut dan membe…

Bersama Prudential BSN Takaful, akhirnya...

Oktober 2016, akhirnya terlerai juga ikatan dan kesetiaan. Ternyata setia saja tidak bermakna kerana perjuangan hidup perlu bergerak seiring dengan tuntutan survival kehidupan. Setia juga perlu saling berlangsung antara kedua belah pihak. Apabila perkara seperti ini tidak lagi berlaku maka penghijrahan pun mesti dilakukannya dan akhirnya aku berada di sini....
Terima kasih kepada rakan-rakan ditempat lama. Hari ini kita terpaksa menjadi rakan pesaing. Namun begitu kita tetap sahabat. Semoga kita semua terus makmur dan maju dalam haluan masing-masing.

Kembali Beraksi Dalam Industri Takaful............

Setelah lebih kurang 5 tahun tidak menentu dalam kerjaya yang pernah aku banggakan ini, sekarang sudah tiba masa untuk beraksi semula. Pernah aku dilamar untuk kembali aktif melalui syarikat yang lain tetapi rasanya keputusanku ini adalah yang terbaik dan paling adil. Kau orang tahu apa yang mendorong untuk aku terus setia disini? Ianya adalah kerana semangat setikawan dan ukhuwah yang ada disini, iaitu oleh leader aku sendiri Tn.Hj.Putra. Dalam saat sukarku, beliau tidak pernah lupa dan ada sentiasa memberi support.. Inilah yang mendorong aku untuk terus keka disini...
Nah sekarang, aku ingin menebus semula segala kehampaan yang berlaku dalam tempoh masa 5 tahun ini. Meskipun aku terbaung dan dibuang, tetapi ini bukan pengakhiran. Tidak apa, start from zero....Jadi kau orang yang memerlukan perlindungan takaful, come joint me, support dulu disamping untuk manafaat kau orang juga....Bersegaralah contact aku untuk 'advisory' berkenaan....
A. Takaful untuk perlindungan diri
B. Taka…

Catatan Sebelum Ramadhan 2016

Manusia dilahirkan dengan pelbagai keraktor. Nasib juga dijadikan pelbagai. Ada yang berbahagia dan bersenang lenang. Ada pula yang menderita, merempat dan meminta-minta. Ujian dalam kehidupan pun tidak sama. Ada yang diuji dengan kekurangan wang ringgit, ada yang diuji dengan kecacatan tubuh badan, ada yang diuji dengan penyakit berbahaya, ada pula yang diuji dengan kehilangan orang tersayang dan tidak kurang yang diuji dengan hilangan kebahagian dan kasih sayang dalam hidup. Seorang teman bertanya, bagaimana membezakan antara ujian dan pembalasan? Kata seorang ilmuan ugama, jika sesuatu yang menimpa itu menjadikan kita lebih baik, maka itulah ujian untuk mendidik jiwa setiap insan.
Merenung kehidupan setiap insan disekeliling kita, pelbagai macam gelagat dan kerator dapat kita perhatikan. Ada yang nampak baik tapi sebenarnya tidak berguna apa-apa. Ada yang terang-terangan jahat, tetapi dalam waktu tertentu boleh dimanafaatkan dan memberi kebaikkan. Ada yang nampak pemurah dan ada e…

Onexox.., Prepaid Pelan Penjimatan;

01. Panggilan serendah 5 sen kesemua rangkaian (panggilan dibawah 10 saat atau voicemail) 02.Insentif 'user get user' 6% 03.10 nombor untuk friend&famili-semua rangkaian
04.Internet mobile berkelajuan tinggi RM29.99-1.5G untuk 30 hari. 05.SMS percuma 150 setiap bulan (sesama rangkaian) 06.Tempoh sahlaku laluan sehingga 28 bulan (MNP) 07.Peluang perniagaan sebagai sub-dealer... Dengan modal serendah RM278 anda boleh menjadi sud-dealer. Dengan RM278 ini anda akan diberikan 10 keping simkad dan airtime/erecharge bernilai RM278.
SMS or whatapps..0195333177

Berniaga Sebagai Dealers Onexox Prepaid...

Saya kongsikan kepada anda peluang ini, terutama kepada anda yang jiwa 'berperniagaan'nya yang kuat. Juga kepada anda yang ingin berniaga tetapi modal tak cukup atau modalnya ada sanagat sedikit. Jadi ini peluang untuk anda, bermula sebagai sub-dealer dengan hanya RM278.00
Dengan RM278 ini anda ada diberikan; A. Sepuluh keping simkad yang berharga RM10 setiap satu B. E-recharge bernilai RM100
Inilah sebagai modal permulaan anda sebagai sub-dealer.Kalau selama ini prepaid yang anda pakai tidak memberikan sebarang pulangan, maka beralihlah kepada ONEXOX kerana sebagai pengguna, bila anda memperkenalkan seorang pengguna baru, setiap kali pengguna tersebut membeli topup/reload, anda akan mendapat insnetif sebanyak 6% daripada nilai topup/berkenaan. Berapa modal kalau mau jadi pengguna biasa saja? Tak mahal, RM10 saja..........
Cerita yang selanjutnya, sila call/sms/whatapps 0195333177