Kuala Penyu, Daerah Kerinduan...

Seronok menonton rancangan pengembaraan bermotosikal bersama 'Ah Boy' yang disiarkan melaui Astro AEC setiap ahad jam 6.00pm.

Hari ini disiarkan slot Ah Boy berada di Kuala Penyu, daerah kelahiran dan tempat saya dibesarkan. Sungguh mengujakan, rancangan ini kembali menggamit kenangan lalu di kampung halaman 18 tahun yang lalu. Ah Boy berada di Kg.Tenambak bersama Pakcik Sairin, sempat bermain lumpur gunung berapi di kampung Tenambak. Saya mengenali Pakcik Sairin ni tapi saya tidak tahu pula di kampung Tenampak ada kolam lumpur gunung berapi seperti yang ada di Pulau Tiga.


Terima kasih kepada Astro AEC kerana membantu mempromosi Kuala Penyu sebagai daerah yang indah. Ah Boy selaku pengembara nampaknya gembira berada di Kampung Tenambak, selain dapat mandi lumpur gunung berapi, dapat juga dia merasa air dan isi kelapa yang manis.


(Anda boleh menunjungi Kuala Penyu melalui jalan darat melalui Baefort atau melalui jalan Pimping Membakut tetapi kenalah menaiki feri menyebarangi sungai Setumpok sebelum tiba di pekan Kuala Penyu.)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...