Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

05 Jun 2015 Sabah Dilanda Gempa

Pagi jumaat 5 Jun 2015, jam 7.17 Pagi itu tidak berbeza dengan pagi-pagi yang lain. Cuaca yang cerah dengan matahari yang semakin naik, tidak menghadirkan apa-apa tandabencana.Hari itu aku merancang untuk ke Kuala Penyu untuk menjemput ibuku balik dari rumah pakcikku. Seawal am 6 pagi aku telah mempersiapkan kenderaan termasuk menukar tayar dan memeriksa sistem kelengkapan yang lain. Setelah semua selesai, aku bergegas naik kerumah untuk mandi dan bersiap-siap. Aku mensasarkan untuk sampai di Kuala Penyu paling lewat pada pukul 10.30 Dalam rumah aku men'check' telefon yang tadi sedang aku 'charge'. Aku belek telefon. Tepat jam 7.17 Belum sempat aku bergerak tiba-tiba lantai terasa bergegar diikut dengan 'sliding door' yang berbunyi berkeriut-keriut, menghadirkan perasaan yang panik. Aku sengara membuat andaian bahawa ini pasti gempa bumi. Aku segara mengejut isteri dan anak-anakku untuk segara meninggalkan rumah. Inilah langkah keselamatn yang aku fahami apa