Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2009

Air Adalah Kehidupan....

Imej
(Telaga-gambar hiasan) Jam 1.30 petang semalam, ketika saya masih dipejabat, orang rumah saya menghantar pesanan ringkas mengatakan bahawa bakalan air masih terputus. Sebenarnya pagi semalam saya keluar bekerja dengan hanya mandi menggunakan air setengah baldi. Bekalan air terputus daripada subuh lagi, jadi semua penduduk disekitar kediaman saya, berhadapan dengan masalah air sepanjang hari semalam. Bekalan hanya pulih kira-kira jam 5.30 petang. Saya teringat waktu kecil dulu, dikampung halaman yang jaraknya 120 KM dari sini. Masa itu tidak ada dalam kamus harian kami masalah terputus bakalan air. Air dapat diperolehi secara mudah dan percuma melalui air perigi di bawah bukit sana, hanya perlu menuruni anak bukit kira yang mungkin jauhnya 0.5km saja. Pagi-pagi sebelum ke sekolah, saya ditemani ibu berlampukan 'pilasut' (lampu minyak tanah yang bersumbu besar ,sumbu diperbuat daripada kain buruk manakala bekas mengisi minyak daripada botol bekas minuman) untuk mandi, jam 5.30 m

Diari Kehidupan (I)

Atas kapasiti saya sebagai YDP PIBG SK.Penampang, semalam saya turun meninjau aktiviti perkhemahan kokurikulum sekolah, yang melibatkan seramai 119 orang murid tahap 2 sekolah berkenaan. Selain sebagai menunjukkan sokongan moral kepada aktiviti murni sekolah berkenaan, saya sengaja untuk mengambil peluang itu bersantai bersama guru-guru yang kebanyakkannya berjaga malam demi menjaga keselamatan murid-murid yang tidur bermalam dalam khemah dalam kawasan sekolah. Malam kedua berturut-turut saya berada di kawsan sekolah sehingga subuh. Saya berborak dengan seorang guru tentang peranan pelajar untuk mengubah nasib dan masa depan sesuatu genarasi. Pelajaran adalah instrument utama dalam usaha membebaskan satu-satu keluarga daripada belenggu kemiskinan. Guru ini melahirkan rasa sedihnya tentang sikap segelintir ibubapa yang tidak prihatin kepada perkembangan pelajaran anak-anak meskipun pelajaran anak itulah yang sebenarnya akan membela nasib keluarganya. Satu persoalan yang cukup rumit untu

Jerat Kehidupan.

Ketika mata belum mengantuk, sempat menyaksikan sebuah drama Melayu. Tajuknya saya tidak mahu sebutlah tapi kisahnya cukup bagus, sarat dengan sindiran dan pengajaran. Kisahnya bermula dengan seorang isteri yang merayu kebenaran suaminya untuk keluar bekerja dengan alasan bosan duduk di rumah walaupun si suami telah menyediakan segala kemewahannya kepadanya. Rumah besar, kereta dan kemewahan hidup, tetapi si isteri tetap merayu untuk dibenarkan bekerja. Dengan berat hati, sisuami pun membenarkan . Beberapa hari bekerja, si isteri mula digoda oleh seorang pelanggan lelaki, yang muda, kacak dan mewah. Mula dari saat itu si isteri mula berubah apatah lagi bila si lelaki yang baru dikenali mula menghadiahkan emas, kerata dan kemewahan. Dipendekkan cerita akhirnya si isteri terjerat menjalinkan hubungan sulit dengan si lelaki yang dikenali. Akhirnya tembelang si isteri pecah jua bila kawan sepejabat si suami terlihat si isteri keluar bermesra dengan si lelaki. Rumahtangga akhirnya menjadi r