Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Anak Tuan Kebun Yang Kecil Jiwanya..

Hampir 20 tahun peristiwa ini berlaku,tetapi aku belum dapat melupakannya. Sebabnya, pertama aku agak kesal kerana pada waktu itu aku tidak berfikiran seperti hari ini. Waktu itu aku mentah,jika tidak, sudah tentu maruah ayahku terbela.Kedua,apa yang berlaku itu, dilakukan oleh bangsaku sendiri,yang sepatutnya pada waktu itu dia yang 'berkelebihan',harus bertindak sebagai pembela dan ada belas kasihan kepada anak bangsa sendiri yang hidup dalam kedaifan. Tetapi tidak, dia menganggap dirinya pintar dan hebat, telah bertindak sesuka hati pada golongan yang lemah dan daif. Tetapi Allah mahamengetahui, akhirnya dia malu sendiri dengan tindakannya. Dia terdiam dan herdikkan dan makian ibuku yang pada waktu itu tidak dapat menahan amarah terhadap tindakannya. Hidup senang, tetapi sayang jiwanya kecil. Tentu anda semua tertanya-tanya apa kisanhya ini? Biar saya ceritakan dari mukadimahnya. Ayah saya orang kampung yang hidup susah. Dia membesarkan kami dengan mengusahakan kebun ge