Jumaat, 28 April 2017

Catatan Menjelang Subuh, Di Kota Kinabalu International Airport.

Selamat pagi. Menjelang subuh, ini satu dunia baru bagiku. Tidak pernah kufikirkan sebelum ini bahawa akan jadi begini. Tetapi ini realiti. Apa yang didepan,sentiasa menjadi rahsia. Setiap apa yang kita lakukan, apa saja pekerjaan yang kita sanggupi untuk usahakan, bersamanya akan hadir sumber rezeki iaitu wang. Tetapi lebih dari itu, ianya juga akan menghadirkan kita pengalaman hidup yang berterusan, yang mana pengalaman ini memberi kita keupayaan untuk mempelajari dan mengerti segala bentuk kehidupan dan kemanusiaan. Segala yang baik kita jadikan ikutan untuk dipelajari. Manakala yang buruk kita jadikan sempadan untuk dijauhi. Betapa dalam kehidupan ini kita temukan tiga kumpulan. Ada sebahagian yang hanya memburu dan menikmati dunia. Ada pula sebahagian hanya memburu akhirat dan melupakan dunia. Ada pula sebahagian kecil yang memburu akhirat tetapi tanpa melepaskan dunia. Lalu dimana kita? Ternyata pengalaman hidup membantu kita untuk membuat pilihan yang seimbang, tanpa perlu lalai dan tersilap. 




Jaringan Prihatin Masyarakat Kuala Penyu (PRIHATIN)

Visi:  Melahirkanv Masyarakt Yang Matang, Sehat Dan Berprestasi Baik Misi: Mengujudkan masyarakat yang bersatupadu Mengujudkan masyara...