SELAMAT HARI GURU

'Seorang raja menaiki taktha
seorang perdana menteri memerintah
seorang peguam menang bicara..
semuanya bermula dari seorang guru biasa..'

Inilah bait-baik puisi yang kalau tidak silap saya, pernah dikarang oleh pujangga kita bagi merakamkan penghargaan kepada guru, seorang insan mulia, mendidik dan memberikan ilmu kepada seorang insan yang pada mulanya tidak tahu apa-apa. Tanpa guru kita akan meraba-raba tanpa ilmu. Tugas dan jasa guru sangat mulia, sekalipun jasad meninggalkan dunia tetapi diakhirat nanti pahala pula menanti..

Sempena Hari Guru ini saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan ingatan tulus ikhlas kepada guru-guru yang pernah mendidik saya, yang telah menunjukkan jalan untuk hidup sebagai seorang manusia. Salam ingatan yang berkekalan untuk guru-guru yang sudah lama tidak saya temui...

Cikgu Debi
Cikgu Suil Majidin
Ust.Abu Bakar Atan
Cikgu Ramli Mat Isa (mungkin di Jitra Kedah/ SMK Kuala Penyu-1986-1990)
Cik Najib Abdul Rahman (SMK Menggatal 1991-1992)
Cikgu Zaini Isa (SMK Menggatal 1991-1992)
Cikgu Nadzmi (SMK Menggatal 1991-1992)

Terima kasih kepada guru-guru SK.Penampang dan SMK Agama K.Kinabalu yang mendidik puteri dan putera saya, terima kasih banyak.

Kepada semua bekas guru saya yang tidak saya sebutkan nama,yang masih kenal dan ingat saya, maafkan segala kenakalan saya dulu. Untuk bekas rakan-rakan setugas di SM Tinggi K.Kinabalu, selamat hari guru. Rakan-rakan yang masih bertugas Cikgu Safri Basirun,Cikgu Azmi Muadi dan semua rakan semasa di MPKS, selamat bertugas dengan sepenuh dedikasi.

Kepada anda yang masih menuntut, hormatilah guru-guru anda. Jangan ingkar dan derhaka kepada guru kerana takut nanti anda akan 'ketulahan'. Yang sudah berjaya, jangan lupakan guru-guru anda. SELAMAT HARI GURU.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...