Ahli Politik 'Parti' Dan Ahli Politik 'Negarawan'....

'Jangan masuk politiklah, kena pakai banyka duit, sayang duit.' Begitulah ulasan seorang sahabat ketika saya menyatakan hasrat untuk menyertai bidang politik. Saya tidak memberi apa-apa reaksi tentang cadangan sahabat itu tetapi saya agak keliru. Mengapa perlu pakai banyak duit? Berapa yang dikatakan banyak itu...? Tiba-tiba terlintas dikepala saya, mungkinkah politik wang? Dengan pengetahuan yang cetek, saya belum ada gambaran untuk maksud sahabat saya itu.
Saya teringat satu ulasan dalam tulisan sebuah blog yang pernah saya baca. Si penulis itu menulis dengan membuat perbandingan antara 'ahli politik parti' dan 'ahli politik negarawan' Agaknya saya lebih berminat untuk menjadi 'ahli politik negarawan'. Mungkin salah salah dariapda jenis itu yang perlu pakai banyak duit? Menjelaskan perbezaan antara dua istilah itu, penulis itu menyatakan secara ringkas tentang ciri-ciri politik ahli politik parti, iaitu mereka yang berjuang untuk memenangkan parti manakala ahli politik negarawan pula adalah mereka yang berjuang untuk memenangkan parti juga tetapi dalam percaturan politik mereka, segala tindakan dan keputusan sentiasa mengutamakan nasib dan kepentingan negara dan bangsa.
Akhir sekali penulis ini mengatakan bahawa jenis ahli politik negarawan ini sudah semakin sedikit dan kalau adapun mereka susah mau 'naik'. Komen saya, tak naik pun tak apa, yang penting kita dapat kepuasan. Kerja yang baik, kalau pun tidak dikenang di dunia ini, di akhirat nanti ianya akan menolong kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...