Sesuatu Yang Sedih Dan Menyedihkan

Beberapa hari yang lalu kita dihadapkan dengan dua kejadian yang sedih dan menyedihkan. Dua kejadian dimana wanita hamil diragut ketika menunggang motosikal yang mana akibatnya kedua-dua wanita yang tidak bersalah ini menemui ajal, meninggalkan suami dan anak-anak tersayang. Sungguh menyayat hati kejadian ini. Semoga keluarga mangsa tabah dengan dugaan yang amat berat ini. Semoga roh kedua-dua mangsa yan terkorban ini dicucuri rahman oleh Allah swt dan ditempatkan dikalangan roh para syuhada.

Nampaknya ramai manusia hari ini sudah tidak lagi menghargai nyawa orang lain. Untuk mendapatkan wang mereka sanggup membunuh atau membuat sesuatu yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa kepada mangsa mereka. Apakah mereka ini tidak lagi percaya kepada syurga dan neraka ? Tiap-tiap diantara kita pasti akan menemui 'mati' dan ketika itu barulah barangkali mereka yang kejam ini menyedari kesalahan mereka. Tetapi malang sungguh kerana pada masa itu segala penyesalan sudah tidak berguna lagi. inilah sesuatu yang sedih dan menyedihkan dalam kehidupan manusia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...