Satu Hari Di Kuala Penyu..

Hampir setiap kali kembali ke daerah kelahiran ini,saya akan meluangkan masa untuk meneroka ke pelusuk kampong. Jalan-jalan keliling kampong dapat mengutip semula nostalgia lama ketika zaman kanak-kanak dulu. Sesuatu yang paling berharga ialah zaman yang telah kita lalui kerana ianya tidak akan kembali lagi dan tidak dapat ditebus dengan wang ringgit.
 
 Ini adalah simpang naik ke kampong Tunggulian. Dulu jalan ini hanya jalan tanah kuning dan untuk ke kampong Tunggulian perlu berjalan kaki dari simpang ini sejauh dalam lebihkurang 4KM.

 Lorong masuk ke kampong Tunggulian, sejauh lebihkurang 1KM lagi ke dalam. Dulu ini hanya lorong untuk berjalan kaki.
 
 Kg.Tunggulian kini menjadi kawasan tanaman sawit. Dulu hanya getah yang di tanam tapi sekarang sudah beralih kepada sawit.

 Juga jalan susur masuk ke kg Tunggulian melalui jalan Tg.Aru Menumbok.
 
 Jalan Batu Linting
 
 Jalan dari pantai Batu Luang ke Gorowot dan terus ke Kasugira.
 
 Jalan dari Kayul terus ke Kg.Janang.
 
 Kayul-Janang
 
 Kiambor ke Menumpang
 
 Pantai Bekaroh (sekarang dalam bahasa Melayu disebut Bokarah) Dalam tahun awal 1980an dulu,jarak pantai dengan jalan raya lebihkurang dalam 100 meter atau lebih tetapi kini pantai sudah terlalu hampir dengan jalan raya. Berlaku hakisan pantai yang teruk.
 

 SK.Menumpang tempat saya mula-mula menempuh alam persekolah. Terlalu banyak kenangan di sini,gembira,sedih,tragedi, semua dirasai disini. Bagaimanapun tempat dan sekolah ini tetap dirindui dan menjadi nostalgia.
 
 Simpang Kalimbata-Kabuaan. Dulu ada satu pokok getah besar di depan simpang ini tetapi nampaknya sudah ditebang. 50 meter dari simpang ini adalah bekas rumah saya. Dulu depan rumah saya ada satu pohon besar 'pokok kayu Da'at. Kata orang ada penunggu. Bila bapa saya berjaya menebang pokok itu penduduk setempat disini mengkagumi tindakan bapa saya.
 
 Jalan Penjuluk-Tamui
 
 Jalan Penjuluk Tamui (Ladang Gawad)
 
 Rumah lama yang tertua di Ladang Gawad ini. Semasa saya budak kecil lagi rumah ini sudah tersedia. Sampai sekarang masih berdiri teguh.
 
 Pantai Bedungun, juga menerima kesan hakisan pantai. Tahun 1980an awal, jarak jalaraya dari pantai lebihkurang 100 meter,sekarang kalau tiada tambak batu ini mungkin jalanraya ini sudah ditenggelami laut.
 
 Jalan Kabunau-Kenangka Rumah Rumah.
 
 SK.St.Joseph Kabunau. 1985 saya belajar disini. Banyak jasa sekolah ini.

 Pasar Kuala Penyu, dibina pada zaman kerajaan Berjaya. Sudah agak lama patut sudah diganti dengan bangunan baru.

 Boleh beli sagu sini tapi tidak sama macam dulu, sekarang dah mahal. Dulu 10 kati RM2.50 saja, sekarang 1kg RM1.00 Setiap tahun K.Penyu mengadakan pesta Rumbia tetapi tiada perusahaan memproses sagu di K.Penyu.
 
Masa untuk pulang melalui jambatan Setumpok. Orang Tatana percaya tasik Setumpok ada 'tembuakar' (seekor ular raksasa). Datuk nenek zaman dulu sudah tentu tidak percaya bahawa akhirnya tasik setumpok dapat dibina jambatan. Tetapi sekarang jambatan dah siap dan nampaknya 'tembuakar' tidak berbuat apa-apa untuk menghalang terbinanya jambatan. Atau barangkali 'tembuakar'itu sudah meninggal dunia. Tiap-tiap mahkluk yang hidup pasti akan mati,yang tinggal dan tidak akan mati ialah sejarah hidup manusia. Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan batu nesan.JUMPA LAGI.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...