Tagal Bawang Bakaroh Yang Bersejarah...

 Batu peringatan Tagal Bawang Bakaroh,menjadi tanda kepada projek yang julung kalinya ini di K.Penyu.

 YB Limus Jury ADUN Kuala Penyu, hadir merasmikan Tagal Bawang  Bakaroh.

Sekumpulan penduduk sekitar kawasan 'tagal' ini. Tahniah kepada penduduk kampung diatas komitmen sehingga terlancarnya program 'tagal' ini.

Tagal Bawang Bakaroh (Sg.Bakaroh) yang dirasmikan oleh ADUN K.Penyu YB Limus Jury pada 26 Oktober 2013 yang lalu, dikatakan mencatat sejarah sebagai sistem tagal yang pertama di Malaysia yang dilakukan di kawasan sungai air payau iaitu kawasan sungai yang terletak di pinggir pantai. Tagal ini juga mencatat sejarah sebagai yang pertama di Kuala Penyu. Pada hari perasmian ini dikatakan sebanyak 2000 ekor benih ikan selunsung telah dilepaskan kedalam sungai Bakaroh.

Apakah objektif pengujudan Tagal Bawang Bakaroh ini? Sebagai tarikan pelancong atau sebagai satu usaha memelihara ekosistem sungai dan alam sekitar ? Atau apakah sebagai satu usaha untuk membekalkan sumber ikan kepada penduduk Kuala Penyu yang semakin kekurangan bakalan ikan? Apapun jawapannya, tahniahlah kepada jawatankuasa yang menjayakan projek tagak ini. Sekurang-kuranya projek seumpama ini dapat melahirkan semangat kerjasama dikalangan masyarakat kampung,khasnya penduduk kampung Menumpang. Setidak-tidaknya bila tiba musim menuai nanti, boleh dapat bakalan ikan percuma.

Berkaitan cerita ikan ini, kita menggesa pihak Jabatan Perikanan K.Penyu dan pihak wakil rakyat KP untuk melihat keadaan dan kedudukan beberapa kawasan batu karang yang ada dipesisiran pantai K.Penyu, khasnya yang terdapat di kampung Menumpang hingga kg.Tenambak. Dulunya kewujudan kawasan batu karang ini telah menjadi sumber penduduk kampung mendapatkan  ikan dan hasil laut seperti sotong, sotong kurita, ketam, udang dan sebagainya. Bagaimanakah keadaan kawasan batu-batu karang ini sekarang? Adakah masih menjadi habibat pembiakan ikan atau tidak lagi mempunyai ikan-ikan untuk ditangkap oleh orang kampung ketika musim surut iaitu dengan cara menyuluh atau 'mantitiu'?

Batu Tamoi, Batu Tambailik, Batu Balaison dan Batu Tidung, suatu ketika dulu adalah kawasan batu karang yang akan timbul ketika air surut dan pada masa ini penduduk kampuang akan keluar menangkap ikan secara tradisional dan meskipun secara tradisional tetapi ianya mampu memberi hasil yang lumayan untuk sarahidup.Sekarang dikhabarkan kawasan-kawasan ini sudah mengalami kepupusan sumber ikan, mungkin berpunca daripada aktiviti 'bom ikan' dan penggunaan bahan racun' untuk menangkap ikan. Justru itu kita mencadangkan agar pihak wakil rakyat dan Jabatan Perikanan mengadakan usaha memulihara kawasan-kawasan batu karang ini dengan membina tukun-tukun tiruan dan 'ras' disekitar kawasan ini. Dengan cara ini diharap kawasan ini akan dapat kembali menjadi kawasan pembiakan ikan yang mampu menghasilkan sumber ikan kepada penduduk kampung seperti ketika 1980an dulu.

Kita juga mencadangkan kepada pihak wakil rakyat supaya mengusahakan untuk membuka lebih banyak kawasan pendaratan nelayan (jeti nelayan) bagi kemudahan kepada nelayan untuk menjual terus hasil tangkapan mereka kepada pengguna bagi mengelak peranan orang tengah yang mengaut keuntungan sehingga menyebabkan pengguna terpaksa menanggung kos harga ikan yang lebih mahal sedangkan pendapatan nelayan sendiri tidak meningkat. Mengadakan hubungan terus nelayan dengan pengguna hasil tangkapan mereka, dapat memakmurkan kehidupan nelayan dan pembeli ikan atau pengguna. Barangkali usaha sekumpulan nelayan kampung di kg.Tempurong boleh menjadi contoh dan rujukan kepada usaha ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...