Pemilihan UMNO 2013, Tranformasi Yang Tidak Menjadi Kenyataan?

"Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan,"  Petikan kata-kana Tun Dr.Mahatihr mantan presiden UMNO dan Perdana Menteri (Astro Awani Online-21 Oktober 2013)
 
Daripada kacamata seorang rakyat biasa, saya bersetuju dengan ulasan Tun.Dr.Mahathir di atas. Memang satu ulasan yang tepat bagi menggambar keputusan pemilihan yang telah pun kita ketahui bersama. Penantian yang penuh debaran ini berakhir dengan sebuah keputusan yang 'biasa-biasa saja'. Nampaknya para perwakilan tidak mahukan perubahan dan selesa dengan barisan kepimpinan yang sedia ada. Apakah ini petanda bahawa UMNO akan berhadapan dengan PRU14 nanti dengan kekuatan yang sedia ada seperti mana 'jentera'ketika berhadapan PRU13 yang lalu? Sudah tentu para pewakilan mempunya perhitungan tersendiri dan segala keputusan mereka kita hormati dan kita terima dengan hati terbuka. Cuma saja barangkali 'pilihan' ini tidak memenuhi 'kemahuan' para penyokong UMNO yang tidak menjadi perwakilan atau yang tidak pun menjadi ahli UMNO. Jangan rasa janggal bila saya katakana begini kerana dikalangan yang menyokong UMNO, ramai yang hanya mahu memberi sokongan dari luar dan tidak mahu terlibat secara langsung dalam UMNO.
 
Kini pilihan telah dibuat dan rakyat akan menilai apakah benar akan ada 'tranformasi'melalui anjakan pemikiran yang baru  dikalangan saf yang sedia ada. UMNO perlu bekerja keras untuk mencapai 'pacutan'yang baru daripada jentera-'jentera sedia ada' yang telah menjalani penyelenggaraan melalui suntikan visi dan misi tranformasi oleh presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi parti. Tahniah kepada barisan saf UMNO 2013-2016. Insyaallah rakyat akan sentiasa memberi peluang, sehingga PRU14 barulah mereka akan sekali lagi menyatakan penilaian mereka.
 
Pengerusi Tetap
Tan Sri Badruddin Amiruldin
Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Aziz
 
Presiden
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin
 
Naib Presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
 
Anggota Majlis Tertinggi
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom
3. Datuk Seri Idris Haron
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
5. Datuk Seri Idris Jusoh
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan
9. Datuk Hasan Malek
10. Datuk Seri Shahidan Kassim
11. Datuk Seri Mohamad Hasan
12. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis
13. Datuk Razali Ibrahim
14. Datuk Seri Mahdzir Khalid
15. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin
16. Tan Sri Annuar Musa
17. Dr Mohd Puad Zarkashi
18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman
19. Datuk Seri Azalina Othman Said
20. Datuk Dr Abd Latiff Ahmad
21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah
22. Datuk Bung Moktar Radin
23. Datuk Ab Aziz Kaprawi
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican
25. Datuk Sohaimi Shahadan
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...