Peralihan Kepimpinan Dan Harapan Baru Untuk PBS

Bersedia menghadapi perubahan dalam kepimpinan parti apabila tiba masanya. Begitulah saranan Tan Sri Pairin selaku presiden PBS, kepada anggota dan penyokong PBS (Lihat D.E 21 Nov,2012). Sekalipun tidak menyebutkan tarikh yang khusus kepada 'apabila sampai masanya' itu, tetapi kita dapat merasakan bahawa sudah tentu masa itu sudah tidak begitu lama lagi.Menyebut faktor usia sebagai sesuatu yang mewajarkan beliau untuk memikirkan persaraan daripada arena politik, merupakan satu petanda yang jelas bahawa hasrat Tan Sri Pairin ini adalah serius. Beliau, pada 22 Sept.2012 juga dipetik sebagai berkata bahawa PRU13 ini merupakan pilihanraya yang terakhir untuk beliau bertanding menjadi wakil rakyat.

Kesediaan mengundurkan diri membuka lembaran baru kepada PBS

Menyifatkan PBS sebagai 'intan permata' yang perlu dijaga dengan baik, pengunduran Tan Sri pairin sudah tentu akan membuka lambaran baru kepada PBS dan proses peralihan kempimpinan merupakan satu peristiwa besar terhadap parti.Pastinya bukan mudah untuk melaksanakan peralihan ini. Setakat hari ini Tan Sri Pairin tidak menamakan secara khusus berkenaan pengganti beliau dari kalangan pemimpin kanan PBS yang sedia ada sekarang.Adakah TS Pairin mahu meletakkan secara sepenuhnya ditangan para perwakilan parti untuk memilih bakal presiden PBS nanti? Dari satu aspek, langkah TS Pairin untuk tidak menamakan pengganti beliau merupakan satu langkah yang adil kepada semua pihak yang bercita-cita untuk menerajui kepimpinan PBS. Tetapi dalam masa yang sama ianya juga mampu meletakkan PBS dalam situasi 'perebutan' yang sudah tentu tidak begitu baik untuk perpaduan dalam PBS. 

Mengambilkira kedudukan PBS sebagai parti berbilang kaum berteraskan sokongan KDM, sudah tentulah Dr.Maximus merupakan calon pengganti TS Pairin yang paling hampir. Tetapi jika para perwakilan berkehendakkan calon yang lain maka sudah tentu peluang masih terbuka kepada semua barisan kempinan kanan yang lain khasnya daripada barisan naib-naib presiden. Kalau mengambilkira soal rekord kesetiaan kepada parti, Datuk Almudin selaku salah seorang daripada timbalan presiden PBS sekarang, juga mempunyai merit dan kelayakkan untuk mengambilalih teraju kepimpinan PBS.

Kita tidak berniat mengajar TS Pairin tentang bagaimana, bila  dan apa yang patut dilakukan, tetapi bersuara atas kapasiti sebagai rakyat bawahan dan suara akar umbi, barangkali adalah lebih baik untuk Tan Sri Pairin untuk tidak lagi bertanding pada PRU13 ini sebaliknya menumpu kepada urusan peralihan kepimpinan PBS. Biarlah TS Pairin hanya mengambil peranan sepenuhnya sebagai presiden parti, mengawal dan mempersiapkan parti untuk proses peralihan kuasa dalam parti. Dengan cara ini para anggota dan penyokong akan lebih merasakan peralihan kuasa yang lebih tenang dan tidak mendedak.


Datuk Dr.Maximus dan Datuk Almudin, pemimpin muda dalam PBS.
Memandangkan PBS berteraskan KDM, hampir pasti Datuk Dr.Maximus merupakan calon yang paling hampir untuk mewarisi kepimpinan PBS.


Apabila tiba masanya TS Pairin berundur, siapakah yang ada dikalangan AMT PBS sekarang yang mempunyai karisme dan kekuatan untuk mengambilalih teraju PBS? Dilihat kepada senarai yang ada, dari segi senioriti dalam parti, terdapat ramai calon yang layak. Tetapi untuk menjadi pemimpin utama PBS, senioriti saja tidak mencukupi. Apa yang lebih utama ialah 'kekuatan' dan pengaruh yang meyakinkan. Bagaimana hendak menilai pengaruh seseorang? Seseorang yang masuk kedalam parti atau menjadi calon kepada parti, kehadirannya menambah kekuatan parti maka itulah yang dikatakan tokoh yang ada pengaruh. Tetapi jika seseorang itu menang atas dokongan pengaruh parti maka ini hanya pemimpin biasa. Untuk menjadi presiden atau timbalan presiden PBS memerlukan seorang yang ada ketokohan, kerana PBS adalah satu jenama yang besar dalam politik Sabah. Satu kesilapan PBS yang berlaku sejak 'kejatuhan' pada 1994 dulu, PBS tidak berjaya dalam proses 'meremajakan' parti. Hari ini sebenarnya PBS ketandusan pemimpin pelepas yang bersedia dan mampu untuk mewarisi teraju kepimpinan parti ini pada bila-bila masa. Mungkin ramai genarasi muda yang menjadi ahli PBS tetapi berapa ramai dikalangan mereka diasuh dan ditampilkan untuk menjadi pemimpin pelepis. Jangan marah kalau saya katakan PBS boleh mencontohi UPKO dalam mencungkil dan menampilkan kepimpinan muda dalam parti. Sayap 'Komulakan' dalam UPKO berjaya menarik orang muda dan pimpinan muda dalam UPKO. Apa salah jika PBS membentuk sayap muda yang menyerupai 'Komulakan' dalam UPKO?

Kepimpinan baru dalam PBS nanti akan memikul cabaran baru untuk mebentuk PBS yang lebih kuat serta menampilkan tenaga-tenaga muda dalam parti supaya PBS akan sentiasa kuat dan mampu bertahan untuk seribu tahun lagi. Siapakah selepas TS Pairin? Masing-masing boleh meramal, tetapi saya meletakkan Datuk Dr.Maximus sebagai bakal presiden PBS. Disamping itu, mengisi kekosongan timbalan presiden kouta KDM, PBS mempunyai Datuk James Vitalis atau Datuk Bernard Maraat, sebagai calon-calon berwibawa untuk mengisi kepimpinan kanan PBS.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...