PRU13: Siapa Pilihan Rakyat DUN K.Penyu

Kunjungan TPM Tan Sri Muhyidin Yassin ke Kuala Penyu pada 21 Nov.2012 disifatkan sebagai satu usaha BN untuk menghidupkan kempen BN untuk mempertahan kerusi DUN 26 Kuala Penyu pada PRU13 nanti. Kerusi ini yang dimenangi BN dengan majoriti tipis 257 undi pada PRU12 yang lalu dilihat sebagai kawasan yang paling 'kritikal' untuk BN di Sabah pada PRU13 nanti. Selain pengaruh kuat Datuk John Ganih, bekas ADUN yang dikatakan bakal bertanding mewakili PKR untuk kerusi DUN N26 ini, kemasukkan Datuk Lajim ukin ke kem pembangkang juga dilihat sebagai satu perkembangan yang mencerahkan lagi peluang PKR untuk menawan DUN Kuala Penyu . Kemenagan calon BN pada PRU12 yang lalu juga banyak dibantu oleh perpecahan undi pembangkan apabila Guandih  Kohoi yang pada waktu itu turut bertanding atas tiket PKR. Guandih berjaya memperolehi 889 undi.Kesudahannya calon BN UPKO John Teo Mau Sing menang dengan majoriti 257 undi. Andainya pertandingan satu lawan satu pada waktu itu, mungkin Datuk John mampu menang dengan majoriti lebih 600 undi.


Bendera PAS berkibar di jambatan Bakaroh. Dulunya hanya bendera PBS yang kelihatan berkibar disini, kalau ada pun bendera selain PBS,hanya 'dacing' dan USNO

PRU12 2008 sudah menjadi sejarah. Kini gelanggang PRU13 hanya menunggu tiupan trompet daripada PM untuk sekali lagi rakyat K.Penyu akan membuat pilihan. Hampir pasti N 26 K.Penyu akan menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara BN dan PKR. Meskipun dikhabarkan STAR akan turut meletakkan Guandi kohoi sebagai calon tetapi pertarungan sebenar adalah antara PKR dan BN. Datuk John hampir pasti akan mewakili PKR manakala dipihak BN beberapa nama telah diwar-warkan sebagai bakal calon selain dari YB John Teo sendiri. Antara yang disebut ialah mantan  ADUN yang juga merupakan  ketua UPKO Beaufort, Datuk Wences. Nama-nama lain terdiri daripada Sdr.Lukhman Sunggim, Drs Monih Epin, Pn Linda Anthony disamping seorang pegawai kanan kerajaan juga dikatakan turut melobi untuk dicalonkan mewakil BN. Bagaimanapun saya meramalkan BN akan sekali lagi mempertaruhkan John Teo sebagai calon.
Kematangan politik. Datuk John bersama Dr.Sining Unchi, salah seorang AMT UPKO Bahagian Beraufort.Kawan tetap kawan, saudara tetap saudara, walaupun pendirian politik berbeza.

ADUN K.Penyu YB John Teo Mau Sing berada ditengah-tengah rakyat, diapit oleh Dr.Sining dan Edmund Teo, 
DO K.Penyu

Siapakah yang bakal tersenarai sebagai ADUN K.Penyu selepas PRU13 nanti?

Hari ini ramai yang berani meramalkan bahawa Datuk John akan sekali lagi kembali untuk menjadi ADUN  K.Penyu, kali ini melalui tiket PKR. Pengaruh peribadi dan sokongan daripada penyokong-penyokong kem Datuk Lajim, selain daripada aura kekuatan dan skongan kepada PKR, dikatakan sebagai faktor yang akan mengesahkan kemenangan untuk Datuk John. Dipihak BN, peluang John Teo dikatakan berada pada kedudukan yang tidak begitu kuat untuk mempertahankan DUN K.Penyu . Dikalangan calon yang diwar-warkan itu, Sdr.Lukhman Sunggim dilihat sebagai calon yang berpotensi untuk memecahkan pengaruh Datuk John.Ramai dikalangan pendokong kuat Datuk John mempunyai pertalian keluarga yang dekat dengan Sdr.Lukhman. Pendapat mengatakan bahawa jika Lukhman dicalonkan oleh BN kemugkinan penyokong-penyokong kuat Datuk John ini akan berpaling tadah untuk mengundi dan menyokong Lukhman. Jika Lukhman menentang Datuk John, dikatakan pelaung BN dan PKR akan berada pada kedudukan 50-50.

Apapun yang akan membuat keputusan secara senyap adalah rakyat K.Penyu. Merekalah yang akan menetukan siapakah yang bakal akan tersenarai sebagai wakil rakyat K.Penyu selepas PRU13 nanti. Pengundi K.Penyu adalah unik dan berani, mereka sentiasa mempunyai mempunyai pendirian yang tersendiri. Mereka tidak mudah terpancing dengan isu-isu nasional dan tempatan. Mungkin isu masalah air akan sedikit mempengaruhi pertimbangan, tetapi faktor personaliti dan ketokohan calon tetap menjadi penentu utama. Siapak pilihan? Anda pengundi N26 Kuala Penyu, menentukan ! BN UPKO ada seorang lagi calon berpotensi untuk diketengahkan, AMT UPKO Beaufort, Dr.Sining Unchi, juga calon yang berprofile untuk menang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Batu Luang: Antara Nostalgia, Rahsia Dan Masa

Bersantai Di Tanjung Lipat...

Orang Tatana Kuala Penyu Suatu Ketika Dulu...